Kerana Dia Muslim

Gambar di atas tu aku kidnap dari Black Iris. Please go there if you care about ikhwah Muslim.

Alexandre W ialah seorang lelaki Jerman berketurunan Rusia yang anti-Islam. Alexandre suka mengejek dan menghina serta mengancam Marwa al-Sherbini dengan menggelarnya “terrorist”. Kerap kali dia cuba menanggalkan secara paksa dan kasar jilbab yang dipakai Marwa. Lalu Marwa membawa perkara itu ke mahkamah.

Semasa hendak memberi keterangan di mahkamah di Dresden, Jerman, Alexandre W menyerangnya dan menikamnya sebanyak 18 kali sehingga mati. Suami Marwa yang cuba melindungi isterinya pula terkena tembakan anggota penguatkuasa mahkamah. Alasan mereka – tak sengaja tertembak.

Suami Marwa kini kritikal di sebuah hospital di Dresden. Marwa pula terkorban, dan membawa bersama-samanya janin yang baru berusia tiga bulan di dalam rahimnya. Yang tinggal ialah seorang anaknya yang masih kecil.

Kita dan seluruh dunia tak berapa tahu tentang berita ni sebab Marwa ialah seorang Muslimah yang berusaha mempertahankan maruahnya sebagai Muslimah yang taat pada hukum agamanya yang mati di tangan seorang anti-Islam. Tapi kalau yang mati itu ialah Alexandre W semasa cuba menanggalkan jilbab Marwa al-Sherbini, agaknya kisah tu akan jadi lebih hangat dan panas daripada kematian dan pengebumian Michael Jackson kerana jarak waktu kejadian itu tak jauh pun.

Boleh baca lebih lanjut di Institute of Race Relations. Boleh juga tonton pendapat-pendapat wakil masyarakat di Eropah tentang persepsi mereka terhadap pembunuhan tu. Yes, memang ada yang menganggap bahawa isu sebenar ialah kurangnya kawalan keselamatan di mahkamah dan bukan anti-Islam (I agree in a way that both are of different issues altogether) dan juga petikan pengebumiannya yang dihadiri ribuan rakyat Mesir di YouTube.

Semoga Marwa al-Sharbini ditempatkan bersama para syuhada… insya-Allaah. Al khusuusan ila arwaahi Marwa al-Sherbini… al-Faatihah…

6 Respons to “Kerana Dia Muslim”

  1. untung kita dok malaysia,kalu kat german agaknye gi semayang jumaat punyalah seksa….

    mau menyambung nyawa hidup kat situ

    • Tak sure pasal Jerman, tapi kat UK boleh solat Jumaat open air pun pada musim panas atau musim bunga. Tapi aku rasa rata-rata orang jerman okey. Segelintir je yang macam Alexandre W tu dek kerana propaganda musuh-musuh Islam yang menjadikan sungai kejahilan mereka semakin dalam saban hari.

  2. Kesian.If you look at Marwa’s case without the religious sentiment, it’s sexual harassment.But of course not, she’s a muslim hence she was entitled to be treated in that way–according to mereka yang jahil lah kan.Frightening.I was once asked in the scorching summer heatwave earlier this year about my tudung.I answered, ‘Hey, if you nuns can hack it, it’s a breeze for us muslim women”.Nasib tak kene lempang ngan babi(orang tanye soklan tu tengah beli bacon.Kejadian berlaku di supermarket).There’s one thing about being friendly and one thing about being absolutely ignorant.Hhahahhahahha.

  3. %^&&^%$#* to Alexandre W. ni je yg aku mampu buat dari sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: