Arkib untuk 21 Julai 2009

Usaha Baru Membangkitkan Rasa

Posted in Quips on 21 Julai 2009 by Najwa Aiman

Aku terpaksa bermula dari selatan. Paling hujung. Khabarnya kawasan di selatan itulah yang paling baik untuk menaikkan sebarang rasa kerana itulah kawasan yang paling kebal. Sekiranya aku boleh melepasi tembok kekebalan rasa di selatan itu, maka enteng benarlah bagi aku menaikkan rasa di daerah-daerah yang lebih ke utara daripadanya.

Lantas dari selatan itulah aku akan mula menyentuh setiap permukaan dengan berhati-hati. Selembut sutera. Sedamai bayu. Perlahan-lahan aku mesti bergerak menyusur jalan yang lurus itu semakin ke utara. Perjalanan dari selatan untuk naik ke utara biasanya mudah dan lancar. Sesekali akan berhadapan juga dengan rumput-rumput halus yang sentiasa dipotong dan dihias. Sesekali aku harus berhenti seketika dalam perjalanan buat melepaskan lelah dan mencari tenaga baru sebelum meneruskan perjalanan. Ikut perancangannya, aku akan berhenti di dua daerah dalam perjalananku antara selatan dan tengah. Aku perlu berlembut dan membelai di kedua-dua daerah itu untuk memastikan semangat yang ingin disuntik ini sampai ke sasarannya nanti.

Pastinya perjalanan ini memenatkan. Namun harapan kami tetap sama – kepuasan dalam kejayaan menyampaikan suntikan semangat ini secara lembut, damai dan selesa bagi semua. Biarlah agak mahal harga perjalanan yang akan bermula dari hujung selatan ini, walaupun pada kebiasaannya perjalanan sebegini aku mulakan dari utara. Tak mengapa untuk mencuba pengalaman baru.

Harapanku agar tatkala tiba ke daerah tengah yang lebat dengan rimba yang serabai dan berserabut, aku sudah boleh bernafas lega sambil menikmati kelazatan rasa dan kepuasan hati hasil penat lelah dan usaha yang kumulakan dari hujung selatan.