Arkib untuk Ogos, 2009

Sememangnya Selepas Merdeka

Posted in Puisi on 31 Ogos 2009 by Najwa Aiman

Sememangnya selepas merdeka…
kita semakin kenyang
dulu ubi kayu
sekarang ubi kentang
yang dulu dicatu
sekarang dibuang

Dan kita semakin mewah
anak beranak kenyang rasuah
Dan kita semakin berani
naik motor pun sambil berdiri

Dan kita semakin ramai
zuriat bersepah di longkang dan denai
Dan kita semakin kaya
kita ada segala virus di dunia
Dan kita semakin bersatu
kita makan apa saja yang dijamu

Dan…
dan…
dan…

Tetapi…
sebenarnya kerana merdeka
anak-anak kita dapat merasa…
…gebu McD dan rangup KFC
…berendam salji di luar negeri
…solat di masjid di merata negeri
…melaungkan azan di dinihari

Sememangnya bila dah merdeka
terpulang kehendak diri sendiri
hendak menongkat langit
mendongak berhidung tinggi
atau mencium bumi
penuh syukur menyembah Ilahi…

Fasa Kedua Ramadan

Posted in Fiqh, Islam on 31 Ogos 2009 by Najwa Aiman

Ramadan dah masuk fasa keduanya — maghfirah. Entah apa-apalah amalan aku sepanang fasa pertama tu… adoi laaa… Semoga amalan kalian lebih baik dan diterima Allah SWT dengan redaNya.

Kita sama-sama mengharapkan ihsan Allah SWT serta limpahan rahmatNya, maghfirahNya, dan mudah-mudahan segala amalan kita tidak sia-sia… insya-Allaah…

Telah berlalu limpahan rahmat
entahkan tidak aku sempat
mengejar purnama Ramadan

Sudah tiba taburan maghfirah
entahkan mungkin diampunkan Allah
bermandi rahmat Ramadan

Ya Rabbul ‘Aalamiin…
tidak Engkau bebani kami
melainkan dengan apa yang termampu
lantas demi keagunganMu
redakanlah pengabdianku
dan demi kesempurnaanMu
ampunilah kelemahanku…

Puisi-puisi Ramadan di Khayal

Merdeka Dulu di Bus Stop

Posted in Nostalgia on 31 Ogos 2009 by Najwa Aiman

Sejam yang lalu ada letupan bunga api kedengaran tak jauh dari rumah. Sambut Merdeka 52 le tu. Nak tonton kat TV malas nak tukar channel Astro tu. Al-maklum sajalah remote Astro aku tu dibeli kat pasar malam je. Petang tadi dah berkecai beyond repair akibat ditransformasikan menjadi penukul oleh Haziq… adoi laaa… Nak tukar channel secara manual memang aku malas sangat. Jauh bebenor perjalanan secara manual dari channel siri 400 atau 700 nak ke channel siri 100 tu!

Anyways, malam Merdeka ni mengingatkan aku pada bas mini 44 dan Bukit Bintang la dik. Eheks… Apa cerita melepak kat bus stop dari malam ke pagi? Kau rasa-rasa mahu diulang semula tak experience tak berjenama macam tu? Dasar ketegaq… kan? Kan? Aku dah kata dah… kita naik teksi jek… Lantak le mahal ke tidak…

Nasib baik elaun belum masuk. Kalau tak, dah tentu aku tempah bilik kat Hotel Apollo tu tau! Aiyaaarrrkkk…!!!

Dulu Tak Ada Pun…?

Posted in Feminin, Nostalgia on 31 Ogos 2009 by Najwa Aiman

Ni bukan mini-bazaar Ramadan kat rumah Ayahanda tau. Aku kidnap gambar ni dari http://www.sixthseal.com/ sebab awek sebelah blogger tu nampak manis sangat...! Eheks...

Berdekatan rumah Ayahanda ada mini-bazaar Ramadan. Mini sebab tak banyak gerai pun. Ada le dalam tujuh atau lapan gerai gitu. Walaupun mini, tapi cukup le buat sesiapa yang nak beli juadah iftar mahupun sahur. Semua genre dan spesis makanan serta minuman ada. Air rumput je yang tak ada… kecewa sungguh aku… adoi laaa…

Dan pengunjung mini-bazaar Ramadan ni juga aku agak adalah orang local — penduduk kawasan perumahan tu juga sebab hari ni hari cuti. Ramai siot awex yang sengaja menguji kesabaran, keimanan dan kesyahwatan para jantan yang berpuasa kat situ — sama ada pengunjung atau penjual di gerai. Mak aiii…! Di mana awek-awek ni semua tatkala zaman aku baru baligh dulu ek…? Ciszzz…! Baru sekarang dia orang muncul! Cet!

Eh… kejap… kejap. Ya tak ya gak… Zaman aku baru baligh dulu mana le aku tinggal dengan Ayahanda dan Bonda sangat, kan? Dari Form 1 lagi aku dah kena perhambat duduk asrama. Sampai khatam universiti aku duduk kat luar. Dan juga, zaman aku baru baligh dulu, para awex pengunjung dan penjual mini-bazaar Ramadan ni gamaknya belum lahir pun lagi. Barangkali mak bapak dia orang pun belum kahwin pun lagi, apatah lagi nak proses dia orang menjadi sesusuk tubuh yang terdedah seksi sebegini… ohhh…

Bila Stim Tu Seksa

Posted in Quips, Sosial on 30 Ogos 2009 by Najwa Aiman

Dalam tahun 2007 dulu ada cadangan nak panjangkan landasan LRT dari Kelana Jaya ke Subang Jaya dan USJ kan? Lepas tu senyap je ek? Kenapa ek? Kalau menjadi tu, aku akan jadi antara rakyat Malaysia yang sangat gembira dan bahagialah. Tapi tak jadi le pulok… Tak ada rezeki le tu.

Sekarang ni perkhidmatan LRT di bulan Ramadan macam mana ek? Ada tambahan ke untuk waktu habis pejabat? Dulu… ya Rabbi…! Kalau dibandingkan, ikan sardin dalam tin tu boleh dianggap gerabak kelas pertama yang eksklusif dan selesalah! Di stesen lagi dah padat. Belum dalam tren lagi tu! Tu pun belum tentu boleh masuk dalam tren bila tren sampai. Aiyooo…!

Dan oleh kerana time tu berpuasa, maka gesel-gesel dengan awek, amoy, minachi bla bla bla tu semua dah jadi satu beban le pulok… adeh… Tak boleh le nak stim lebih-lebih. Sia-sia je puasa sepanjang sehari suntuk tu tau… cet!

Siapakah Yang Benar…?

Posted in Bodoh, Fiqh, Gomen, Islam, Undang-undang on 29 Ogos 2009 by Najwa Aiman

Ramai gak Muslim dan kafir bagi komen tentang isu Kartika ni ek? Ada laporan tak tentang komen orang kafir? Yang aku banyak jumpa dalam akhbar cuma komen Muslim je.

Ada yang kata teknikal perundangan mengatasi hal keadilan syariah tu sendiri.

Ada yang kata hukuman tu terlalu kejam berbanding kesalahan minum arak yang diharamkan di dalam al-Quran dan yang dilaknat Rasulullah SAW tu.

Ada yang kata hukuman tu tak perlu sebab dia orang dapat emel dari langit bagi tau bahawa Kartika dah bertaubat dan taubatnya diterima.

Ada yang kata kerelaan Kartika terima konsep “hukuman dunia” tu menyebabkan ramai orang lepas ni suka-suka minum arak kemudian suka-suka rela diri disebat. Lepas kena sebat boleh minum arak lagi dan kemudian serah diri untuk disebat lagi. Semuanya untuk mengelakkan azab akhirat. Oh… gitu…

Macam-macam lagi komen yang dilaporkan dalam akhbar saban hari. Komen daripada Kartika pun ada, komen daripada bapa Kartika pun ada. Husband dia kat Singapore ada komen tak? Aku tak sure ni. Eh? Dia ada husband kan? Errr… pandangan Kartika yang empunya diri tu kurang penting daripada pandangan orang lain tentang diri dia ke? Kartika sendiri pun cool je dan hendakkan diri dia dihukum, kan? Teringat kepada Sayidina Umar al-Khattab yang semasa nak dimandikan jenazahnya terkejutlah tukang mandi bila nampak parut berbirat-birat di belakang badannya kesan disebat. Rupa-rupanya Sayidina Umar al-Khattab RA menyebat diri sendiri setiap malam sebab takutkan azab Allah SWT di akhirat nanti. Daripada disebat di akhirat, biarlah disebat di dunia.

Maka bertanyalah Hang Tuah – “Siapakah yang benar? Akukah yang benar? Atau Jebatkah yang benar?”

Yang benar hanyalah Allah dan RasulNya…. Walaahu a’lam bis sawaab… Kalau tahu, jawab…

“Aooouuukkk…! Aooouuukkk…!!!”

Posted in Bahasa, Fiqh, Islam, Nostalgia on 28 Ogos 2009 by Najwa Aiman

Bukan siamang mahupun beruk… ekekeek… Tapi begitu le bunyi jeritannya dulu. kat asrama. Lebih kurang antara tiga dan empat pagi. Para senior kat asrama akan berjalan sepanjang koridor asrama sambil menjerit “Aooouuukkk…!!!” Pe hal? Saja kejutkan kita orang suruh bangun sahur. Macam gampang je kan? Ekekekeke… Pe hal lak “Aooouuukkk” bunyinya?

Anyways, orang utara sebut sahur bunyinya saoq soq. Sebut “sa-woq” “soq”. Betul kan? Kan? Agaknya para senior kita orang tu tiru orang utara le kut… Takkan tiru siamang atau ungka pula kan? kan?

Apa-apa hal pun, aku perhatikan rutin para senior kita orang dulu, lepas aje dok kejutkan kita orang dengan jeritan azimat serta berhikmat dia orang tu, depa terus masuk dalam bilik masing-masing dan al-berdengkur… Rupa-rupanya depa dah saoq soq dulu. Dah kenyang perut baru depa mai kejut kami. Dan aku juga dapat tau yang depa semua memang tak tidoq sejak malam tadi. Lepas saoq soq baru depa tidoq. Bermunajat dan qiyamullail kut…

‘Ala kulli hal… jangan tak sahur, kerana sahur tu besar gak fadilatnya… Dan lupa sahur tu bukan alasan untuk tak puasa tau! Cet! Mazhab mana yang ajar kau macam tu! Sahurnya bukannya antara syarat sah puasa pun. Sahur pun sunnat, bukannya wajib.

p/s: Perkataan “saoq” dah dibetulkan kepada “soq”. Maceh Ladyaznie! Dan Al-Fatihah buat arwah ayahandamu.