Dan Awek Itu Kembali Berbisik Lagi…

Dah beberapa tahun berlalu. Tahun ni pun sama. Awek ni akan berbisik. Semakin dekat, semakin kerap dia berbisik. Bergetar suara awek ni menusuk-nusuk rongga telinga, langsung menikam kalbu… ohhh…! Tak kira pagi, petang, siang atau malam, bahkan senja dah subuh sekalipun, sesekali akan terdengar suaranya berkumandang berbisik. Sangat menggoda suaranya bila berbisik macam tu. Ohhh… khayal beta…

Dan tu ajalah yang dibisikkannya saban waktu. Tak ada lain selain daripada perkataaan tu – “Yusuf Taiyoob… Yusuf Taiyoob… Yusuf Taiyoob…”

Errr… Pak Usop kita ni ada anak dara yang sudi jadi gefren aku tak? Ada diskaun sempena Ramadan dan sempena boifren tersayang tak? Hehehehehe…

Puisi-puisi Ramadan

Advertisements

18 Respons to “Dan Awek Itu Kembali Berbisik Lagi…”

  1. Yusuf Taiyoob?Pedagang rempah yang masyhur itu?

    …apsal tetiba jer gua terpikir pasal Sadiq Sigaraga?Hmm.

    • Sadiq Segaraga saudagar barang purba yang ada tiga anak dara Rafidah, Hamidah, Ghasidah dan additional “Jalan daaahhh…!” tu ek? Ekekekekeke…

      Mari kita berhibur kejap!
      Dalam sebuah negeri
      Isketambola
      Ada sorang saudagar kaya
      Ismet Ulam Raja
      Anaknya tiga orang saja
      Abdul Wahab busuk hatinya
      Abdul Wahib tamakkan harta
      Abdul Wahub yang bijaksana

      Korus:
      Tiga Abdul (3x)
      Abdul Wahab
      Abdul Wahib
      Abdul Wahub

      Ada lagi sorang ternama
      Pasal tipu daya
      Kalau nak tau siapa dia
      Sadiq Segaraga
      Punyai tiga anak dara
      Untuk dibuat senjata
      Memikat anak Ulam Raja
      Agar dapat merampas harta

      (Korus)

  2. taklah… yusuf taiyoob skarang dah jual kurma.

    • Glamer sesangat kurma Yusuf Taiyoob?Dalam famili gua, kurma paling glamer yang dari set² CNI tu. ha ha ha.Tensen gua, gua nak beli kurma untuk hantaran (yes sungguh tidak kreatif), mesti kene dengar ‘khutbah’ MLM dari hardcore CNI ni.

      …i just want the kurma gaddamit!

      • Pernah makan kurma fresh tak? Lazat sesangat! First time dapat makan kurma fresh masa Ayahanda al-Hajj dan Bonda al-Hajj balik dari haji dulu. Depa bawa balik kurma yang masih melekat di ranting lagi. Dengan ranting-ranting depa bawa balik. Terus simpan dalam fridge. Rasa dia memang lazat banget! Macam rasa ciku pun ada tapi jauh lebih lazat. Slurrrppp… ni dah rasa ngidam kurma fresh le pulok… adoi laaa…

        BTW, bolek klik atas gambar tu untuk ke website Yusuf Taiyoob. Tak pun klik sini je.

        • OMG.Suke sangat kurma sparuh masak tu!Sempat merasa bila pergi umrah tahun 2000, bulan ramadhan.Oh enjoy!!!! Funny thing, makan kurma tu dengan kopi Arab yang warna putih tu, mak aiiii, you feel like you ate a plate of nasik!!!

          …yeah, no thanks to you, gua pun dah start ngidam kurma fresh tu.

          • Ekekekeke… FYI, gua memang dah lama ngidam kurma fresh tu. Dan sekarang ni masih lagi dalam proses menjejak kalau-kalau ada yang menjualnya kat sini. Tapi kalau ada pun rasa-rasanya harga kurma frsh tu mesti sama nilai dengan sebakul tembikai susu. Lebih baik aku beli tembikai susu.

    • Dan juga produk-produk buah-buahan dan bijirin Timur Tengah.

  3. kembali membisik tanda ramadahan dah dekat… fuh.. lagi hebat anak bulan… bisikan yusup tayob tanda nak posa…

    • Zaman Rasulullah SAW dulu tak ada teleskop dan belum ada matematik astro jadi dia orang bergantung pada langit dan mata untuk lihat anak bulan.

      Zaman la ni teleskop dah boleh tengok sampai ke galaksi lain dan matematik astronomi pun dah canggih, kan? Jadi kita gunakan kedua-duanya.

      Pun… ada gak Muslim yang tak posa… ekekekekekeke… adoi laaa…

  4. kawan aku yang keja saudi airline kate nak makan kurma yang style bila kurma tu sparuh masak.

    sebelah bahagian warna cerah sebelah lagi warna gelap…

    aku try rasa dia kelat kelat sikit…

    • Rasa-rasanya aku belum pernah makan kurma separuh masak ni. So far aku makan telur separuh masak je. Dua warna gak – putih dengan kuning… ekekekekekeke…

  5. haha terngiang2 aku

    rafiddahhhhh qaassidaahhhh…… jaalaannnn ddaaaaahhhh!

    haha

  6. “Tuan sadiq ingin memberi zakat! jika tuan-tuan berminat dengan barang2 dalam kedai, sila ambil!”…hehehe…

    dah nak puasa…minggu depan je lak tu..perghhh..makin lama makin cepat masa berjalan..tau2 je da terkulai kepenatan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: