Dah Lama Inflasi

Semasa aku buat HR dulu, dan ‘dulu’ tu maknanya 13 tahun yang lalu, rata-rata fresh graduates yang baru start kerja jadi Eksekutif akan dibayar gaji mula dalam lingkungan RM1,800 sebulan. Zaman tu, harga sebuah rumah teres kat Subang Jaya lebih kurang RM100,000.

Sekarang, kengkawan yang buat HR bagi tau aku gaji mula fresh graduates ialah dalam lingkungan RM2,000 sebulan. Tu dia! Baru naik RM200 je ke? Dan harga rumah teres yang sama kat Subang Jaya tu sekarang? RM250,000.

Advertisements

12 Respons to “Dah Lama Inflasi”

  1. naj… masa memula u keja, gaji u baper eh….. 🙂 [kelip2 mata sambil pegang kalkilator ekekek]

    • Masa memula dapat gaji? Gaji pertama dalam hidup nilainya termasuk overtime ialah RM840.00. Masa tu kerja part time atas kereta api di buffet coach. Jadi pelayan. Biasanya kena buat CTC (coach-to-coach) sambil pikul bakul berisi minuman atau makanan. Sambil berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak, sambil laung “Nasi lemak! nasi goreng! Bihun! Canned drinks! Mineral Water!” Masa tu memang langsung tak kompelin kalau kereta api lebih lambat daripada jadual. Lagi lambat lagi bagus sebab selagi kereta api belum sampai destinasi terakhir, selagi tu le masih dianggap kerja dan kelewatan kereta api tu jadi overtime kita orang… Ekekekekkeke…

  2. … nak sambung sikit, masa ita memula keja, gaji pertama sumer ita kasi kat mak….

    • Gaji pertama beta dulu ada sikit kasi kat Bonda, sikit kasi kat awex-awex dalam bentuk BIK (‘benefits-in-kind’) dan banyaaaak kasi kat MARA buat bayar hutang… adoi laaa…

  3. yang last tu buat gua tergamam….

    masih ade umat yang baik dlm dunia ni……..

  4. bayar balik duit yang da diperabihkan…PTPTN aku pun x terbayar lagi nih..haduyai…

  5. malaysia dah lama inflasi sebenarnya. kita yang tak sedar.

    • Yup. Dan kerajaan kita truncate angka sifar dalam nilai Ringgit, maka sebab tu harga barangan kita masih boleh sebut dalam digit yang sikit. Kalau tak, akan jadi macam Indonesia atau Hong Kong. Sekampit beras harga ribu-ribu atau juta-juta… perghhh…!

  6. rare la orang bayar hutang ptptn dengan mara

    • Tapi ada yang bayar bro. Aku dah settle… Alhamdulillah. Bukan apa, takut nanti bila giliran anak-anak aku nak apply loan MARA, depa etngok anak-anak aku punya bin atau binti, terussss… sangkut! Alahai… sendiri nak tanggung depa punya belajar tak larat wooo… eheks…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: