Dua Perkara Yang Aku Belum Faham

Dalam dunia ni ada dua perkara yang aku tak faham sampai sekarang.

Pertama, kenapa sesetengah masjid kat Malaysia ni, lokasi tempat wuduknya terputus hubungan dari dewan solat? Bila nak berwuduk, kena keluar dari dewan solat, sarungkan selipar atau kasut, lalu berjalan ke tempat wuduk. Kesian kat orang-orang yang semasa tu pakai kasut yang singgah nak bersolat kat masjid tu. Terkial-kial nak mencari selipar sebab nak berwuduk. Dah le masjid tu tak provide selipar wakaf. Akhirnya terpaksa curi sementara selipar jemaah lain buat tumpang nak pergi ke tempat wuduk. Tu pun nasib baik kalau masa tu ada jemaah lain yang berselipar.

Kedua, kenapa semua pengeluar kertas tisu yang dalam kotak tu tak boleh susun tisu supaya hujung helaian kertas tisu yang pertama tu terletak di atas sekali dan bukan dilipat ke bawah? Setiap kali buka kotak tisu baru, jangan harap le dapat terus jumpa hujung helaian tisu paling atas tu. Tisu pertama yang ditarik keluar tu mesti akan mengakibatkan bukan sehelai, tapi segumpal kertas tisu lain dalam kotak tu ikut terkeluar sama.

Atau sebenarnya aku yang sibuk nak pakai selipar ke tempat wuduk dan mata dah rabun nak mencari hujung helaian tisu pertama tu?

Advertisements

6 Respons to “Dua Perkara Yang Aku Belum Faham”

  1. raba-raba je…

  2. raba lantai, ala2 spiderman… aku rasa selipar aku yang kena songlap dulu pun org tu guna alasan yang sama yang ko bagi nih laa…tapi dia nak amik selipar branded jek…pelik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: