Opportunity Cost

Dikhabarkan dulu influenza A(H1N1) ni bermula dari Mexico. Dari situ habis satu dunia kena pandemik (betul ke ejaan bahasa Melayu aku ni ek?). Kemudian Mexico ambil tindakan drastik – transparency dan full disclosure. Hasilnya? Tak terbilang bilangan nyawa yang berjaya diselamatkan akibat H1N1 tetapi kosnya ialah natijah ekonomi yang teruk.

Sekarang, kadar penularan A(H1N1) di Mexico semakin menurun. Kadar ekonomi pun masih menurun tapi cerunnya tak securam semasa awal-awal tindakan drastik dulu. Maknanya, dah kembali nak cuba mendaki semula.

Di bawah ni taburan kepadatan influenza A(H1N1) di dunia. Klik atas gambar untuk tengok lebih jelas. Atau kalau nak pergi ke laman web WHO sepenuhnya boleh klik sini. Yang warna kelabu tu menunjukkan tiada maklumat. Kalau kau orang tak buta warna, cuba tengok Malaysia warna apa? Ekekekeke… eheks…!

Sebenarnya Malaysia dah top ten sekarang kan? Memang serius. Kau orang dah start pakai topeng? Putera Puteri aku dah mula lukis atas topeng pula… adoi laaa… Ni antara penyakit yang manusia zaman dulu tak pernah kena dan manusia kini masih belum jumpa penawar mujarab. Baru nak dapat je penawar tu kut? Atau memang dah ada tapi kena simpan dulu supaya harganya boleh dilambung naik lebih tinggi? Entahlah…

10 Respons to “Opportunity Cost”

  1. ada yang kata H1N1 ni konspirasi. ntahlah.

  2. A pharmaceutical company conspiracy.Laki gua gelarkan AH1N1 ni the Jew flu,sebab dah ramai orang tingtong kene flu, masih gak tak declare darurat pelbagai kat M’sia tu…smua takut $$$ hilang.Kat sini, sape kene AH1N1 memang kene kuarantin habis-habisan, siap kalau reporter nak temuramah, tak bley face-to-face.Kat klinik tu pun, deyrang dah siap-sedia pesakit yang display simtom flu,cepat² asingkan dari pesakit lain.Common senselah wei, dulu time kecik-kecik bila kita demam, mesti makbapak cepat bawak klinik/bagi ubat pastu tak bagi kite keluar, right?Ni yang buat gua nervous balik kampong ni….

    • Yup… that’s my point. Stiap hari dalam TV, dalam paper, dalam radio depa kata H1N1 ni mesti diambil serius. Dah tu? TAkkan suruh rakyat je amik serius? Gomen?

  3. semua kene kontribute la gomen ke rakyat ke tak kira sapa pun…..

    sedangkan apek jual mask sesama bersatuhati menaikan harga mask takkan kita takleh pulak…

    gampang! harga mask naik!

    • Aku ada terfikir nak buat mask sendiri. Guna kertas tisu (mesti jenis keras e.g. tisu jamban), gelang getah, sedikit kanji dan kondom. Mesti menjadi punye! Nak bagi thrill boleh kreatif sket – conteng-conteng buat gambar dan corak. Kalau ada orang berminat, boleh jual dengan harga yang akan buat apek-apek tu semua sembah aku pulak! Ekekekekeke…

      • Whylah go through the hassle of papier-mache kan mask sendiri (ni mesti kene pengaruh ART ATTACK kat Disney Channel tu).Baik pakai plastik yang orang Courts Mammoth guna untuk cover set sofa tu.Lagi selamat.Cheap version of a bubblesuit. ha ha ha

  4. Dalam study yang dibuat mungkin Malaysian akan terjebak dgn H1N1 ni lebih dari 5 juta orang. Dan kematian – 28,000. Tetapi benda2 ni berlaku jika pencegahan tidak dibuat. Dulu masa Je Nipah, boleh pulak dorang sembelih babi ni tapi sekarang tidak. Di mexico, tindakan drastik dorang melarang public event, no shopping mall, no school mungkin betul. Tapi ada lapuran virus ni dah bermutasi dgn tikus – ini berlaku di Mexico jugak.

Tinggalkan komen