Masih Belum Cukup

Asnaf yang lapan di negeri Selangor boleh dapat RM12 juta hasil zakat fitrah tahun ni weh! Alhamdulillah… Aku jumpa berita ni di Harian Metro

Jangka kutip RM12j
Oleh Abdullah Wahab

SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah di Selangor untuk tahun ini dinaikkan kepada RM7 seorang berbanding RM5.20 tahun lalu, selaras kenaikan harga beras di pasaran…

…“Kita jangka dengan kadar baru ditetapkan itu sejumlah RM12 juta zakat fitrah dijangka dapat dikutip,” katanya (Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohamad Isa) pada sidang media di sini, semalam.

Mohamad Adzib berkata, sepanjang Ramadan dan menyambut Aidilfitri, LZS memperuntukkan kira-kira RM16 juta untuk diagihkan kepada 10,778 keluarga fakir dan 10,843 keluarga miskin di seluruh Selangor…”

Jangkaan kutipan baru RM12 juta. Untuk fakir miskin saja perlu RM16 juta. Maknanya enam asnaf lagi tu entah dari mana nak dicekau duit untuk dibayar zakat kepada dia orang.

Dengan RM16 juta secara kasarnya lebih kurang RM600 ke RM700 seorang untuk lebih kurang 20,000 orang fakir dan miskin. Apalah sangat yang dapat dibeli dengan RM700 tu. Apalah sangat RM7.00 seorang sebagai zakat fitrah. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan ganjaran yang Allah SWT akan kurniakan kepada mereka yang bersedekah pula, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan al-Mubarak yang penuh rahmat, berkat dan maghfirah ni. Bukankah antara kualiti diri Muslim tu ialah bersifat pemurah dan suka bersedekah? Kan?

Aku rasa-rasa macam aku pun nyaris nak masuk kategori golongan yang layak menerima zakat nampaknya tahun ni… adoi laaa…

Tapi isu sebenarnya ialah dalam negeri Selangor ni saja ada lebih 20,000 orang fakir dan miskin. Tu bukan angka kecil anak tau!

Advertisements

2 Respons to “Masih Belum Cukup”

  1. raya tahun ini ada sempit sikitlah. hausss…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: