“Aooouuukkk…! Aooouuukkk…!!!”

Bukan siamang mahupun beruk… ekekeek… Tapi begitu le bunyi jeritannya dulu. kat asrama. Lebih kurang antara tiga dan empat pagi. Para senior kat asrama akan berjalan sepanjang koridor asrama sambil menjerit “Aooouuukkk…!!!” Pe hal? Saja kejutkan kita orang suruh bangun sahur. Macam gampang je kan? Ekekekeke… Pe hal lak “Aooouuukkk” bunyinya?

Anyways, orang utara sebut sahur bunyinya saoq soq. Sebut “sa-woq” “soq”. Betul kan? Kan? Agaknya para senior kita orang tu tiru orang utara le kut… Takkan tiru siamang atau ungka pula kan? kan?

Apa-apa hal pun, aku perhatikan rutin para senior kita orang dulu, lepas aje dok kejutkan kita orang dengan jeritan azimat serta berhikmat dia orang tu, depa terus masuk dalam bilik masing-masing dan al-berdengkur… Rupa-rupanya depa dah saoq soq dulu. Dah kenyang perut baru depa mai kejut kami. Dan aku juga dapat tau yang depa semua memang tak tidoq sejak malam tadi. Lepas saoq soq baru depa tidoq. Bermunajat dan qiyamullail kut…

‘Ala kulli hal… jangan tak sahur, kerana sahur tu besar gak fadilatnya… Dan lupa sahur tu bukan alasan untuk tak puasa tau! Cet! Mazhab mana yang ajar kau macam tu! Sahurnya bukannya antara syarat sah puasa pun. Sahur pun sunnat, bukannya wajib.

p/s: Perkataan “saoq” dah dibetulkan kepada “soq”. Maceh Ladyaznie! Dan Al-Fatihah buat arwah ayahandamu.

Advertisements

22 Respons to ““Aooouuukkk…! Aooouuukkk…!!!””

  1. selamat bersahur saya ucapkan.

  2. ingat lagi masa ita dok kat asrama, walaupun kami sumer pompuan, siap ada “kentong” yg kuat membelah setiap pg di sepanjang bulan ramadhan….
    akak senior yg tukang pukul “kentong” tu badannya besor, sesuai ngan tugasnya tu…

    p/s: tau tak per tu “kentong” ekekek

    • Kentong tu kira-kiranya macam beduk ek? Alahai… sebut beduk tetiba dalam kepala ni beralun lagu Allahyarham P. Ramlee-

      Dengar beduk berbunyi
      Sayup bergema di Subuh sunyi
      Memanggil kepada Muslimin
      Segera berbakti
      Kepada Ilahi…

  3. Time hidup-berasrama (bukan berasmara, harap maklum ha ha), agak konfius tengok bebudak sahur kol 12malam, sebab takut terlajak tak bangun time ‘real’ sahur.Gile perut deyrang boleh tahan.Gua tak buleh, nak tak nak, ngantuk or not, kene gak bangun sahur 4am tu (dibantu oleh Bonda terchenta telefon dari Pulau Besar Borneo.Tenkiu Bonda!).Time tu makan megi pun dah cukup syarat. ha ha.Tapi ada satu season tu, my friends and I ketagih makan cucur bawang for sahur, so we had just that and …a jar of kurma..melantak sampai tak hengat dunia.

    Ingatkan ‘aoooouuukkk’ as in ‘aok’ (‘yes’ in my dialect).Baru nak tanye, ape lah yang ‘yes!yes’ ni.

  4. Bersahur, layan teh o panas.. perhhh…

    • Kalau balik Kedah memang kompem teh-o panas tu le yang dijamu untuk iftar dan sahur… ekekekekekeke… TAk ada minuman lain dah! Tapi kat sini wa hirup Nescafe panas…

  5. dulu sahur time study nasik puteh dengan seribu ikan bilis je……..

    sedey gua……

    time berbuka….

    samosa ade ayam percik ade murtabak ade kueh ade..

    air tebu ade mata kucing ade

    huh banyak la sangat…

  6. By the way, orang utara kata bersahur bukan “saoq”, tapi ‘soq’ eheeeee

  7. naj… betol betol betol….. [kena sindrom katun upin ekekek]

  8. ke land before time nama tajuk katun tu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: