Dulu Tak Ada Pun…?

Ni bukan mini-bazaar Ramadan kat rumah Ayahanda tau. Aku kidnap gambar ni dari http://www.sixthseal.com/ sebab awek sebelah blogger tu nampak manis sangat...! Eheks...

Berdekatan rumah Ayahanda ada mini-bazaar Ramadan. Mini sebab tak banyak gerai pun. Ada le dalam tujuh atau lapan gerai gitu. Walaupun mini, tapi cukup le buat sesiapa yang nak beli juadah iftar mahupun sahur. Semua genre dan spesis makanan serta minuman ada. Air rumput je yang tak ada… kecewa sungguh aku… adoi laaa…

Dan pengunjung mini-bazaar Ramadan ni juga aku agak adalah orang local — penduduk kawasan perumahan tu juga sebab hari ni hari cuti. Ramai siot awex yang sengaja menguji kesabaran, keimanan dan kesyahwatan para jantan yang berpuasa kat situ — sama ada pengunjung atau penjual di gerai. Mak aiii…! Di mana awek-awek ni semua tatkala zaman aku baru baligh dulu ek…? Ciszzz…! Baru sekarang dia orang muncul! Cet!

Eh… kejap… kejap. Ya tak ya gak… Zaman aku baru baligh dulu mana le aku tinggal dengan Ayahanda dan Bonda sangat, kan? Dari Form 1 lagi aku dah kena perhambat duduk asrama. Sampai khatam universiti aku duduk kat luar. Dan juga, zaman aku baru baligh dulu, para awex pengunjung dan penjual mini-bazaar Ramadan ni gamaknya belum lahir pun lagi. Barangkali mak bapak dia orang pun belum kahwin pun lagi, apatah lagi nak proses dia orang menjadi sesusuk tubuh yang terdedah seksi sebegini… ohhh…

4 Respons kepada “Dulu Tak Ada Pun…?”

  1. ari sabtu dengan ahad gua kena jaga program suarasa kat masjid jalan kapar klang..

    walaupon dalam kawasan masjid,terdapat segelintir pengunjung yang berpakaian amatlah sendat dan mampu mengejangkan otot.rase macam nak ditangkap je awek tu

    tapi finalis gadis melayu boring betul,nama rancangan gadis melayu tapi rambut kaler kaler

  2. Melayu pun tak semesti pandai cakap Melayu beb…!

    • Memang le kak oi… Memang dah establish tu. Orang Melayu di mexico hanya pandai cakap Sepanyol dan Inggeris. Orang Melayu di Arab Saudi hanya pandai cakap Arab dan Inggeris. Orang Melayu di Brazil hanya tahu cakap Sepanyol dan Inggeris gak. Pendek kata, hampir semua orang Melayu pandai cakap Inggeris dan mahu belajar Inggeris kecuali Melayu kat Malaysia… ekekekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: