Arkib untuk 1 September 2009

Bila Setokin Pun Perlu “Cantik”

Posted in Bebel, Fesyen on 1 September 2009 by Najwa Aiman

Tak pernah fikir tentang nak beli apatah lagi pakai setokin bercorak-corak, warna-warni, “cantik”, bla bla bla… Maklumlah aku bukannya jantan homosex… Eh? I mean, jantan metrosex. Kebanyakan setokin aku jenis yang ada banyak lubang tak sengaja untuk tujuan ventilation dan pengudaraan. Sama le spender aku pun. Tak ada siapa nak pandang spender akulah. Aku bukan Superman yang tayang spender kat luar, dan aku juga bisa nangis… ekekekeke… Setokin tu lain cerita le. Kekadang orang tengok juga ventilation yang merata-rata kat setokin aku tu bila aku singgah solat kat surau public. But so what? Kau orang jeles ke setokin dan spender kau orang tak ada natural ventilation system macam aku punya? Cet! Kalau kau orang pun nak membebel kat aku pasal tu, sila daftar jadi ahli kelab Permaisuri aku… ekekekekeke…

Anyways, bila aku ke pejabat di Cyberjaya tadi, rupa-rupanya pejabat tu berkonsepkan “kaki ayam” walaupun pejabat tu tak ada kena mengena dengan jualan ayam, daging ayam, telur ayam mahupun ibu ayam. Kat luar pintu pejabat lagi kena tanggalkan kasut. Setokin dibenarkan. Perghhh…!!! Nasib baik Permaisuri aku (seperti biasa) secara senyap-senyap tukar setokin yang aku dah sediakan untuk dipakai pagi tadi dengan setokin lain yang tak ada ventilation! Ekekekekeke… Dan seperti biasa juga setokin aku yang ada ventilation yang berjaya dirampasnya tu akan bermastautin dalam tong sampah.

But then again, kat pejabat ni jugalah aku dapat melihat, buat pertama kalinya, dan dengan rasa ada sikit geli-geleman, betapa para jantan yang antara mereka tu ada yang berjanggut berjambang pun, ke hulu ke hilir dalam setokin berbagai warna dan corak termasuklah warna oren, jingga, purple cair, biru belang-belang kuning dan merah, ada corak muka kucing warna merah, belang-belang colourful berbaur dengan polka dot berwarna-warni juga, bla bla bla…

Dan ya… Memang description aku kat atas tu merujuk kepada setokin jantan saja. JANTAN weh…!!! Orang perempuan? Majoriti orang perempuan tak pakai setokin daaa…!

Selamat beriftar dengan sederhana okey…