Bila Setokin Pun Perlu “Cantik”

Tak pernah fikir tentang nak beli apatah lagi pakai setokin bercorak-corak, warna-warni, “cantik”, bla bla bla… Maklumlah aku bukannya jantan homosex… Eh? I mean, jantan metrosex. Kebanyakan setokin aku jenis yang ada banyak lubang tak sengaja untuk tujuan ventilation dan pengudaraan. Sama le spender aku pun. Tak ada siapa nak pandang spender akulah. Aku bukan Superman yang tayang spender kat luar, dan aku juga bisa nangis… ekekekeke… Setokin tu lain cerita le. Kekadang orang tengok juga ventilation yang merata-rata kat setokin aku tu bila aku singgah solat kat surau public. But so what? Kau orang jeles ke setokin dan spender kau orang tak ada natural ventilation system macam aku punya? Cet! Kalau kau orang pun nak membebel kat aku pasal tu, sila daftar jadi ahli kelab Permaisuri aku… ekekekekeke…

Anyways, bila aku ke pejabat di Cyberjaya tadi, rupa-rupanya pejabat tu berkonsepkan “kaki ayam” walaupun pejabat tu tak ada kena mengena dengan jualan ayam, daging ayam, telur ayam mahupun ibu ayam. Kat luar pintu pejabat lagi kena tanggalkan kasut. Setokin dibenarkan. Perghhh…!!! Nasib baik Permaisuri aku (seperti biasa) secara senyap-senyap tukar setokin yang aku dah sediakan untuk dipakai pagi tadi dengan setokin lain yang tak ada ventilation! Ekekekekeke… Dan seperti biasa juga setokin aku yang ada ventilation yang berjaya dirampasnya tu akan bermastautin dalam tong sampah.

But then again, kat pejabat ni jugalah aku dapat melihat, buat pertama kalinya, dan dengan rasa ada sikit geli-geleman, betapa para jantan yang antara mereka tu ada yang berjanggut berjambang pun, ke hulu ke hilir dalam setokin berbagai warna dan corak termasuklah warna oren, jingga, purple cair, biru belang-belang kuning dan merah, ada corak muka kucing warna merah, belang-belang colourful berbaur dengan polka dot berwarna-warni juga, bla bla bla…

Dan ya… Memang description aku kat atas tu merujuk kepada setokin jantan saja. JANTAN weh…!!! Orang perempuan? Majoriti orang perempuan tak pakai setokin daaa…!

Selamat beriftar dengan sederhana okey…

Advertisements

16 Respons to “Bila Setokin Pun Perlu “Cantik””

  1. tshirt lama yg dah kembang, stokin and spender lagi lunyai dah macam roti kirai lagi feeeeellllllllllll wakakakaka

    • Ya betolll…!!! Aku setuju teramat! Ekekekekekekke…

      p/s: So far Permaisuri masih gagal buang satu t-shirt tu yang aku dok guna untuk pakai malam dan buat tidur… ekekekekekeke…

  2. haha.. orang tak nampak, tapi dah cerita kat orang… sebab orang pakai stokin warna warni tu, pasal murah sesangat!! RM1 sepasang dan tak naik-naik harga dia dari 7 ke 8 tahun dahulu…

  3. gua tak paham betul ofis jenis kena bukak kasut nih. ntahapahapa punya stail diorang adaptasikan entah.

  4. H AH AHA HA HA HA.Cantik pe stokin kaler-kaler…kasi aura positif punya.Stokin suami semuanya warna hitam.Tak buleh kaler lain.Biru navy pun tak buleh.Must be black.Cam geng Gagak Hitam jer.Satu hari, saje buat pasal, beli stokin warna brown.Mula² suami nak komen, tapi si bini pulak buat mata besar, kasik muka seposen, muncung-muncung mulut…teruuuus tak jadi.

    …yes, behind every man (successful or not) is a woman with good taste in socks.

    I like your Permaisuri.She rawks. ^_^

  5. bang lu punya entri ni double meaning ke?

    stokin stokin?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: