Arkib untuk 5 September 2009

Khusyuk Bukan Untuk Sembarangan Orang

Posted in Fiqh, Islam on 5 September 2009 by Najwa Aiman

Majlis tazkirah sebelum masuk waktu fardu Jumaat memang best. Rata-rata penceramah akan bawa isu yang disampaikan dengan unsur lawak-lawak sikit. Nak bagi ahli jemaah hilang mengantuk le. Bila tiba part kelakar tu kekadang boleh gamat gak masjid. Tapi biasanya lawak mild je la.

Kalau lawak lebih-lebih nanti jadi macam pengalaman semalam. Melangkah masuk masjid dengan penuh perasan (bukan ‘perasaan’… adoi laaa…) insaf. Mulut kumat-kamit baca tasbih, tahmid, tahlil, salawat le, doa i’tikaf bla bla bla… Tengok dewan solat berhawa dingin dan juga berkipas angin tu dah makin ramai jemaah tapi tak le penuh. Ustaz dok bertazkirah kat depan guna mikrofon. Nyaring gak suara ustaz yang memang dah high pitch yang agak lari tu. Magnify pula dengan mikrofon lagi. Sesekejap jemaah tergelak-gelak kecil. Kelakar ustaz ni.

Aku baik punya angkat takbir nak solat tahiyatul-masjid kononnya. Telinga masih dok terdengar ceramah ustaz. Nampak sangat aku ni tak khusyuk langsung kan? Eheks…

“Aisyah RA kata pada hari raya Rasulullah SAW minta diberikan pakaiannya yang paling cantik. Rasulullah SAW cuma ada tiga helai pakaian aja, jadi Aisyah RA kena pilih yang paling cantik daripada tiga helai. Kita la ni masa hari raya kena pilih yang paling cantik daripada tiga almari!” kata-kata ustaz terdengar kat corong telinga aku.

Elok-elok takbir aku nak bunyi “Allaahu akbar” terus bertukar jadi “Alalakekekekeke…” Adoi laaa…

Ada juga tak eloknya tazkirah dalam masjid ni ek? Ye ke? Bukan ek? Ekekekekekekeke… Lain kali solat biar khusyuk la bang! Ngeng! Sahabat minta dicabutkan anak panah yang terpacak ke dalam daging di kakinya semasa dia solat sebab masa tu kalau daging tercabut-cabut sekali dengan anak panah pun dia tak rasa apa-apa akibat khusyuknya solat dia tu tau. Ni baru dengar lawak mild pun dah tergelak-gelak nyaris terkentut. Cet…!