Arkib untuk 15 September 2009

Ring Me or Give Me a Ring

Posted in Quips, Teknologi on 15 September 2009 by Najwa Aiman

Macam mana bunyi dering telefon pertama ciptaan Alexander Graham Bell dulu ek? Bila teknologi telefon semakin maju, deringan telefon masih maintain kan? Yang improve probably volume control le kut? Bukan ke?

Bila telefon dah jadi mudah alih, pada awalnya dulu bunyi dering telefon tu masih maintain, kan? Lepas tu improve jadi monotone. Tak ada lagi dering bunyi loceng macam telefon rumah warna hiam besar bagak tu. Dah boleh berdering bunyi lagu. Nak compose lagu untuk buat personalized dering pun boleh. Bila henpon makin canggih, dah boleh terus masuk muzik format MP3 le, MP4 le, AAV le, bla bla bla… Dah jadi macam radio. Tak main dah monotone ni semua. Dering loceng apatah lagi. Dianggap out-of-date lagi.

But then again, tetiba cita rasa manusia beralih kepada deringan jenis telefon rumah warna hitam besar bagak tu balik. Dah merata-rata pula dengar deringan telefon macam zaman dulu-dulu yang datangnya dari henpon canggih up-to-date. Adoi laaa…

Anyways, ringtone aku sekarang ialah Suara Takbir original nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam format MP4. Kau orang Ada masalah dengan ringtone aku ni? (Selain daripada masalah copyright laaa… eheks… adeh!)

Al-Fatihah kepada Allahyarham P. Ramlee, dan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang sudah berada di alam barzakh sana. Kepada arwah Tok, Opah dan Atuks beta jua… al-Fatihah…

Antara Keluar Terpaksa Dan Dipaksa Keluar

Posted in Perubatan on 15 September 2009 by Najwa Aiman

Dulu-dulu bila Ayahanda aku (dan juga golongan sezaman dengan Ayahanda) bawa kami makan makanan yang di zaman tu dianggap mewah, mahal dan di luar tabii seperti *Kentucky Fried Chicken atau Sate Kajang, macam mana pun Ayahanda akan tetap cari nasi. Kalau tak dapat masa tu, balik rumah nanti dia akan makan nasi juga. “Tak ada nasi, tak boleh,” katanya. “Mesti kena nasi juga baru kenyang.”

Zaman sekarang ni tak makan nasi setahun pun tak kisah, kan? Hari-hari makan KFC atau Mc D pun tak apa. Ni ke sebab musabab makin kerap di radio dan akhbar keluarnya iklan produk julap? Laxative la kalau ikut bahasa yang diharamkan para Dewa Sastera dan Dewa Melayu… eheks… Aku rasa-rasa macam tak pernah tonton iklan julap kat TV, atau dengar kat radio dulu-dulu. Tapi sekarang, rasa-rasanya macam kerap dan banyak pula iklan julap ni kan? Bukan ke? Macam-macam jenama pula tu!

Ni sebagai indication yang rakyat negara ni sekarang dah banyak yang sembelit ke? Constipated le bak kata bahasa haram pada pandangan cerdik pandai Melayu… eheks… Dulu dia rasa nak keluar, dia keluar je. Sekarang ni dia rasa nak keluar, tapi kena dipaksa keluar baru boleh keluar pulok… Kan? Ada kena mengena dengan menu kita yang dah transform ni ke?

*KFC laaa…! KFC!