Antara Keluar Terpaksa Dan Dipaksa Keluar

Dulu-dulu bila Ayahanda aku (dan juga golongan sezaman dengan Ayahanda) bawa kami makan makanan yang di zaman tu dianggap mewah, mahal dan di luar tabii seperti *Kentucky Fried Chicken atau Sate Kajang, macam mana pun Ayahanda akan tetap cari nasi. Kalau tak dapat masa tu, balik rumah nanti dia akan makan nasi juga. “Tak ada nasi, tak boleh,” katanya. “Mesti kena nasi juga baru kenyang.”

Zaman sekarang ni tak makan nasi setahun pun tak kisah, kan? Hari-hari makan KFC atau Mc D pun tak apa. Ni ke sebab musabab makin kerap di radio dan akhbar keluarnya iklan produk julap? Laxative la kalau ikut bahasa yang diharamkan para Dewa Sastera dan Dewa Melayu… eheks… Aku rasa-rasa macam tak pernah tonton iklan julap kat TV, atau dengar kat radio dulu-dulu. Tapi sekarang, rasa-rasanya macam kerap dan banyak pula iklan julap ni kan? Bukan ke? Macam-macam jenama pula tu!

Ni sebagai indication yang rakyat negara ni sekarang dah banyak yang sembelit ke? Constipated le bak kata bahasa haram pada pandangan cerdik pandai Melayu… eheks… Dulu dia rasa nak keluar, dia keluar je. Sekarang ni dia rasa nak keluar, tapi kena dipaksa keluar baru boleh keluar pulok… Kan? Ada kena mengena dengan menu kita yang dah transform ni ke?

*KFC laaa…! KFC!

Advertisements

10 Respons to “Antara Keluar Terpaksa Dan Dipaksa Keluar”

  1. julap tak pernah la…

    tapi tuala wanita banyak gila punya….

    dulu mase kecik mase belikan utk antie aku siap berbalut dengan surat khabar lagi

  2. skarang tak de dah…dorang dah pandai beli seniri…
    aku tunggu gak ade tak gadis gadis genit nak aku belikan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: