Arkib untuk 16 September 2009

Belum Raya Lagi Weh!

Posted in Muzik on 16 September 2009 by Najwa Aiman

Sepatutnya dah tak ada lagi makmum yang terus terjun tiruk untuk sujud selepas i’tidal dalam rakaat terakhir solat witir sekarang kan? Eheks… Barangkali sebab makmum semua dah tune in dengan qunut pada rakaat terakhir witir tu. Barangkali juga sebab memang dah tak ada makmum langsung dah untuk solat witir bahkan tarawih pun sekarang ni? Aiyaaarrrkkk…!!!

Walaweh…! Belum raya lagi weh…! Ada empat hari je lagi weh…! Sabar…! Sabar…! Sabar tu bukan ke salah satu subjek dalam kursus Ramadan ni? Bukan ek?

Tapi apa-apa hal pun, lagu-lagu raya digalakkan sesangat agar diputarkan pada siang hari mulai sekarang! Silakan! Silakan! Aku pun nak tumpang dengar. So far koleksi haram MP3 aku dah ada sejumlah seratus dua puluh tujuh lagu-lagu hari raya baru, lama, sedap dan sudah tentu yang tak sedap langsung… Tak kiralah… Janji lagu raya…

Anyways, lagu favourite pujaan hati beta masih tetap Suara Takbir nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee… eheks…