Arkib untuk 17 September 2009

SéLáMáT MéRáíKáN AíDíL FíTRí

Posted in Uncategorized on 17 September 2009 by Najwa Aiman

Banner created with MyBannerMaker.com

Lembu di kandang dah kurang seekor
Ayam di reban kembali sibuk bertelur
Tanda Ramadan akan berundur
Memberi laluan Syawal menyusur

Kepada sahabat dan kenalan
Kepada handai dan taulan
Kepada gadis-gadis yang menawan
Sama ada yang janda atau perawan
Yang masih dara atau yang berselaput tiruan
Yang bermekap tebal atau sekadar berhias senyuman
Yang berjubah berkebarung atau yang tak cukup pakaian

Juga kepada kekasih terkini
Atau yang dah menyampah nak bercinta lagi
Atau bercinta dengan jantan luar negeri
Atau yang mengandung tanpa bin atau binti

Serta mereka yang jari tak sampai lima
Atau mereka yang bersongket di penjara
Juga mereka yang dah tak bernyawa
Termasuk mereka yang tak pernah puasa

Sama ada yang kaya atau yang fakir
Yang pemurah dermawan atau kedekut kikir
Yang bersifat bakhil atau suka hati membazir
Yang minum arak tapi tak makan khinzir

Dan aku hanyalah insan
Yang merasa lapar kalau tak makan
Masih boleh menguntum ikhlas
Atas segala yang melampaui batas
Atas segala khilaf dan culas
Mohon jangan dituntut balas
Mohon diampuni dengan belas

Selamat kembali bersetubuh di siang hari
Oh ya! Selamat makan dan minum di siang hari juga… eheks!

Berhati-hati di jalan raya
SéLáMáT MéRáíKáN AíDíL FíTRí DéNGáN CéRíA


Bionic Woman

Posted in Bodoh, Undang-undang on 17 September 2009 by Najwa Aiman

Ni berita dari Harian Metro dua hari lepas—

Simpan 146 saman
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

JOHOR BAHRU: Seorang wanita layak digelar pemandu paling degil Malaysia kerana sering mencabar pihak berkuasa dengan meletak kenderaannya sesuka hati hingga mempunyai 146 saman selain mempamer cukai jalan palsu menyebabkan dia didenda RM11,800 oleh mahkamah, semalam…

Ni baru betul tak makan saman punya perempuan… eheks… Errr… dia dah kahwin ke? laki dia okey? Boleh ajak punya ke? Hmmm…

Errr… no offence, ladies. Tapi rata-rata yang memandu laju zaman la ni ialah perempuan tau. Sungguh! jadi mana-mana jantan yang memandu laju dan tak sabar tu… ketahuilah bahawa anda sebenarnya berjiwa perempuan… ekekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!!!

Errr… Selamat hari rayeee… Maaf zahir… Enjoy batin… eheks…