SéLáMáT MéRáíKáN AíDíL FíTRí

Banner created with MyBannerMaker.com

Lembu di kandang dah kurang seekor
Ayam di reban kembali sibuk bertelur
Tanda Ramadan akan berundur
Memberi laluan Syawal menyusur

Kepada sahabat dan kenalan
Kepada handai dan taulan
Kepada gadis-gadis yang menawan
Sama ada yang janda atau perawan
Yang masih dara atau yang berselaput tiruan
Yang bermekap tebal atau sekadar berhias senyuman
Yang berjubah berkebarung atau yang tak cukup pakaian

Juga kepada kekasih terkini
Atau yang dah menyampah nak bercinta lagi
Atau bercinta dengan jantan luar negeri
Atau yang mengandung tanpa bin atau binti

Serta mereka yang jari tak sampai lima
Atau mereka yang bersongket di penjara
Juga mereka yang dah tak bernyawa
Termasuk mereka yang tak pernah puasa

Sama ada yang kaya atau yang fakir
Yang pemurah dermawan atau kedekut kikir
Yang bersifat bakhil atau suka hati membazir
Yang minum arak tapi tak makan khinzir

Dan aku hanyalah insan
Yang merasa lapar kalau tak makan
Masih boleh menguntum ikhlas
Atas segala yang melampaui batas
Atas segala khilaf dan culas
Mohon jangan dituntut balas
Mohon diampuni dengan belas

Selamat kembali bersetubuh di siang hari
Oh ya! Selamat makan dan minum di siang hari juga… eheks!

Berhati-hati di jalan raya
SéLáMáT MéRáíKáN AíDíL FíTRí DéNGáN CéRíA


Advertisements

10 Respons to “SéLáMáT MéRáíKáN AíDíL FíTRí”

  1. Salam..

    Selamat hari raya untuk sekeluarga…

  2. Selamat Hari Raya to U sekeluarga..

    jangna makan banyak sangat tau… nanti boroi.. tak ensem lagi.. hikhikhik!

  3. Ops!… Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir dan Batin… 0 – 0 yerrrrr…. terumpat, terkutuk, tersakat, tercuit, tersengih termengorat.. ter.. ter.. segala jenis terrrr…

    • Semua terrr yang sedap tak perlu minta maaf. Semua terrr yang tak sedap sudah pun dimaafkan. Selain daripada terrr asalkan yang suka sama suka tak de hal punye! Eheks…

      Anyways, sesama le kita. Harap diampuni juga segala keterrrlanjuran beta, baik terrrlanjur zahir mahupun terrrlanjur batin adanyeee… 0_0

  4. Salam Dzam 😀

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk you dan famili..
    moga berbahagia di hari yg mulia ini..

  5. Selamat Hari Raya Bro,,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: