Arkib untuk 20 September 2009

Solat AíDíL FíTRí Tahun Ni

Posted in Bebel, Islam, Sosial on 20 September 2009 by Najwa Aiman

Muslim Bangla masih datang ke masjid dengan pakaian yang biasa nampak dia orang pakai setiap hari biasa. Tapi bila MA (Masjid Assistant daaa… Macam Office Assistant gitu… eheks…) lalu sambil bawa tong duit masjid, dia orang masih hulurkan tangan menderma barang seringgit. Masya-Allaah…

So far tadi hanya nampak dua orang saja ahli jemaah daripada seluruh masjid yang penuh tu yang pakai topeng muka. Yang lain-lain sihat kut, kecuali Tok Khatib yang suaranya dah serak sikit dan khutbahnya diselang-selikan dengan batuk-batuk. Virus tak boleh merebak melalui mikrofon kan? Boleh ke? Ekekekeke…

Penulis khutbah tak berubah. Khutbah masih panjang berjela-jela dan padat dengan pendapat. Lantaklah resam masyarakat kita yang pergi beraya ke rumah handai taulan dan saudara-mara pada hari raya. Alahai…

Anyways, khutbah yang panjang berjela-jela tak semestinya lekat di kepala dan hati. Yang pendek dan ringkas pun tak semestinya takkan meresap ke dalam jiwa dan sanubari. Macam selalu, ramai gak jemaah tinggalkan masjid sebelum khutbah, dan sebahagiannya selepas separuh khutbah. Yang masih tinggal tu kebanyakannya nak pastikan solat Aidil Fitri mereka cukup syarat dan sah. amati khutbah? Ekekekee… Amati lemang dan ketupat rendang kut? Eheks…

Eloklah khutbah ditulis pendek dan ringkas tetapi padat dengan fakta dan bukan sendat dengan pendapat. Fakta tu ilmu. Pendapat tu sembang. Kalau nak tulis pendapat, eloklah beralih kepada menulis blog aje… kan? Kan? Bukan ke? Eheks…

SéLáMáT HáRí RáYá… Mááf ZáHíR BáTíN…