Solat AíDíL FíTRí Tahun Ni

Muslim Bangla masih datang ke masjid dengan pakaian yang biasa nampak dia orang pakai setiap hari biasa. Tapi bila MA (Masjid Assistant daaa… Macam Office Assistant gitu… eheks…) lalu sambil bawa tong duit masjid, dia orang masih hulurkan tangan menderma barang seringgit. Masya-Allaah…

So far tadi hanya nampak dua orang saja ahli jemaah daripada seluruh masjid yang penuh tu yang pakai topeng muka. Yang lain-lain sihat kut, kecuali Tok Khatib yang suaranya dah serak sikit dan khutbahnya diselang-selikan dengan batuk-batuk. Virus tak boleh merebak melalui mikrofon kan? Boleh ke? Ekekekeke…

Penulis khutbah tak berubah. Khutbah masih panjang berjela-jela dan padat dengan pendapat. Lantaklah resam masyarakat kita yang pergi beraya ke rumah handai taulan dan saudara-mara pada hari raya. Alahai…

Anyways, khutbah yang panjang berjela-jela tak semestinya lekat di kepala dan hati. Yang pendek dan ringkas pun tak semestinya takkan meresap ke dalam jiwa dan sanubari. Macam selalu, ramai gak jemaah tinggalkan masjid sebelum khutbah, dan sebahagiannya selepas separuh khutbah. Yang masih tinggal tu kebanyakannya nak pastikan solat Aidil Fitri mereka cukup syarat dan sah. amati khutbah? Ekekekee… Amati lemang dan ketupat rendang kut? Eheks…

Eloklah khutbah ditulis pendek dan ringkas tetapi padat dengan fakta dan bukan sendat dengan pendapat. Fakta tu ilmu. Pendapat tu sembang. Kalau nak tulis pendapat, eloklah beralih kepada menulis blog aje… kan? Kan? Bukan ke? Eheks…

SéLáMáT HáRí RáYá… Mááf ZáHíR BáTíN…

Advertisements

8 Respons to “Solat AíDíL FíTRí Tahun Ni”

  1. semayang raye aku tahun ni kat tepi box telekom je tepi jalan sambil memandang ikan berenang kat dalam sungai.

    punya la penuh masjid…..

    tapi bukan aku sorang je yang bersidai tak dapat semayang…….

    • Huh? Masjid mana ni? Aku pernah baca sorang ilamak ada tulis tentang salah satu hikmah Rasulullah SAW buat solat sunat Eid di padang lapang dan bukan dalam masjid. Ni le salah satu hikmahnya – solat sunat Eid bilangan makmumnya lebih ramai. Kalau dalammasjid takut tak muat, jadi Rasulullah SAW buat kat tanah lapang supaya semua orang boleh datang bersolat Eid.

      Hang boleh pi jumpa Tok Imam dan AJK masjid tu habaq kat depa pasai ni. Depa tak baca kut?

      Sekian, majlis mengucapkan tima kasih… ekekekekeke…

  2. bahaya la kang dihalaunye aku dari kampung johan setia kang mane aku nak duduk….

  3. gua smayang pun tuang..
    nak buat rampasan konon….
    kang disuruhnye baca doa selamat versi panjang panjang…
    tegagap aku…

    • Doa selamat versi panjang? Senang bah itu! Al-do’a wal-salaaaaaaaaaaaaaamaaaaat… Aaaamiiinnn…!” Versi pendeknya “Al-doa wal salamaaat. Amiiin!” Ekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: