Arkib untuk 23 September 2009

Melawan Arus Yang Takkan ‘Sakit’

Posted in Nostalgia, Sosial on 23 September 2009 by Najwa Aiman

Zaher dibesarkan di PJ. Bukan… bukan Paya jaras, bukan Padang Jawa, bukan Putrajaya. Petaling Jaya daaa… Dia bersekolah rendah di PJ juga. Bila dah dewasa, dia berhijrah ke Kuantan. Di sana dia berumahtangga (ya… dia dah kahwin… sorry gals! Eheks… Dan sorry Zaher juga sebab dedahkan marital status lu ek… ekekekeke…) dan di sanalah dia bermastautin. Ibu bapanya masih terus tinggal di seksyen 51 PJ tu.

Jadi bila hari raya, tatkala orang lain sibuk dan penat mencarut-carut dan memaki hamun di dalam kereta akibat kesesakan di lebuh raya semasa memandu keluar dari PJ (dan juga KL) untuk balik ke kampung mak bapak dia orang (termasuklah ke Kampung Kuantan dan juga bandar Kuantan), Zaher dan keluarganya terlepas dari kesakitan hati tu bila dia memandu ‘balik kampung’ melawan arus ke PJ. Dan sudah tentu tatkala warga kampung yang dah anggap diri dia orang warga PJ dan KL tu kembali dari kampung mak bapak masing-masing untuk balik ke PJ dan KL, sekali lagi dia orang akan berlumba-lumba dalam pertandingan mencarut-carut dan memaki hamun atas lebuh raya. Dan sekali lagi juga Zaher terlepas dari pertandingan tak berpiala tu!

Good idea, my friend! Sementara sebelum semua orang tiru idea macam ni, lebih baik kita buat dulu! Belum ada lagi rezeki kita ketemu semula tahun ni nampaknya. Insya-Allaah my long lost best friend, may be next time… insya-Allaah…

p/s: Tapi bila kau datang rumah aku lagi kali ni, make sure masa tu kau bukan sedang berpuasa enam tau! Cet!