Melawan Arus Yang Takkan ‘Sakit’

Zaher dibesarkan di PJ. Bukan… bukan Paya jaras, bukan Padang Jawa, bukan Putrajaya. Petaling Jaya daaa… Dia bersekolah rendah di PJ juga. Bila dah dewasa, dia berhijrah ke Kuantan. Di sana dia berumahtangga (ya… dia dah kahwin… sorry gals! Eheks… Dan sorry Zaher juga sebab dedahkan marital status lu ek… ekekekeke…) dan di sanalah dia bermastautin. Ibu bapanya masih terus tinggal di seksyen 51 PJ tu.

Jadi bila hari raya, tatkala orang lain sibuk dan penat mencarut-carut dan memaki hamun di dalam kereta akibat kesesakan di lebuh raya semasa memandu keluar dari PJ (dan juga KL) untuk balik ke kampung mak bapak dia orang (termasuklah ke Kampung Kuantan dan juga bandar Kuantan), Zaher dan keluarganya terlepas dari kesakitan hati tu bila dia memandu ‘balik kampung’ melawan arus ke PJ. Dan sudah tentu tatkala warga kampung yang dah anggap diri dia orang warga PJ dan KL tu kembali dari kampung mak bapak masing-masing untuk balik ke PJ dan KL, sekali lagi dia orang akan berlumba-lumba dalam pertandingan mencarut-carut dan memaki hamun atas lebuh raya. Dan sekali lagi juga Zaher terlepas dari pertandingan tak berpiala tu!

Good idea, my friend! Sementara sebelum semua orang tiru idea macam ni, lebih baik kita buat dulu! Belum ada lagi rezeki kita ketemu semula tahun ni nampaknya. Insya-Allaah my long lost best friend, may be next time… insya-Allaah…

p/s: Tapi bila kau datang rumah aku lagi kali ni, make sure masa tu kau bukan sedang berpuasa enam tau! Cet!

Advertisements

14 Respons to “Melawan Arus Yang Takkan ‘Sakit’”

  1. gua drive keta 30 minit ke dari klang ke pantai dalam balik raya….
    nikmat drive tuhan bagi

  2. gua drive keta 30 minit ke dari klang ke `pantai dalam’ balik raya….
    Klang ke Pantai Dalam selalu nye dkt la sejam

    • Aku pernah drive ke Klang tu gak beberapa kali. Highway dan jalan masih under construction masa tu. Tobat aku tak mau masuk Klang lagi dah lepas tu. Tak tau la sekarang hiway dan jalan tu dah siap ke belum dan trafik dan ok ke belum. Kalau masih sesak aku tak mau masuk Klang lagi. Tapi kalau masuk kangkang aku mau laaa… eheks!

  3. sultan pon murka inikan rakyat jelata klang……….
    ntah la bila nak ok trafik kat klang ni….
    tapi raya ni lengang……..
    taktau la ari senin….

  4. Salam. Gua nengok gamba nih trus terpacul dari mulut gua, zaheeerrrr…
    eik.. ape kabor die ehh… gua kangen bangat kat geng sume lah. sampaikan salam gua kat dia ehh.. ntah die ingat lagi kat aku ke dak ???

    • Ofkoz dia masih ingat. Dalam FB siap ada gambau kita-kita masa sekolah dulu beb! Rupa-rupanya aku sungguh cute lagi comel semasa sekolah zaman belum baligh dulu ek… Eheks… Aiyaaarrrkkk…!!!

  5. Klang jem jugak la raya ker tak raya ker…. tapi hari tu balik 19hb ikut Federal Hiway smooth jer, masuk bandar Klang je terus hampeh…. tu pasal wa dah lama tak ikut Bkt Lanjan or Fed Hiway. Lalu KESAS okay lagi la…. waaa…. sampai hati kau taknak masuk Klang lagi Naj….. tapi dua kali gak la kau dah sampai rumahku…… kau nyumpah2 la ek both times? Lain kali ikut KESAS, rumah aku easily accessible dari KESAS.

  6. LA NI BEZA KETINGGIAN MASIH SAMA KER ANTARA KAU DAN ZAHER? Eh, apasal aku jerit ek? Kau rendang jer, bukan pekak….

  7. Sekarang ni tak sukat vertically – pasal dah tak boleh tambah ketinggian. Kita lawan horizontally aja.

    Azlah – Apa khabar!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: