Berapa Laju Boleh Pergi?
Ramai gak VIP yang meluahkan kesal dan marah hasil Ops Sikap bebaru ni ek? Ramai sangat terkorban. KP JKJR Datuk Singh tu kata penyebabnya apa ek hari tu? Kalu tak silap memandu melebihi had laju, jalan rosak dan pemandu mengantuk ek? Betul ke? Aku tak ingatlah.
Anyways, yang memandu laju tu berapa laju ha? Dalam paper dan TV siap tunjuk gambar lagi highway dan jalan persekutuan sesak. Boleh laju ke dalam keadaan camtu? Rasa pelik yang sama masa memula keluar arahan menteri supaya kelajuan maksimum lebuh raya diturunkan dari 110Kmj kepada 100Kmj ke atau 90Kmj entah sepanjang musim perayaan hari tu. Serius??? Meter kereta siapa yang boleh cecah walau 80Kmj sekalipun kat highway hari tu, sila angkat tangan! Anda telah menang sebuah keranda kayu cengal! Horeyyy…! Eheks…
Part jalan rosak tu memang betul kut ek? But then again, sejak bila jalan raya kat Malaysia ni elok pun… Memang sengaja dibuat camtu supaya Malaysia boleh melahirkan sebegitu ramai tauke tayar, tauke kedai tayar dan tauke mekanik tayar adanya… Sesekali boleh hasilkan jutawan batu nesan, jutawan keranda dan penggali kubur. Tempiasnya boleh dapat kepada pengurus pengebumian dan sesetengah jawatankuasa masjid. Memang tu yang Malaysia suka pun – lahirnya ramai jutawan.
Part mengantuk tu memang… memang… hmmm… apa ek…? Tak bijak kut? Sendiri mau ingat. Ni peringatan untuk diri sendiri le sebab pertamanya, kita perlu mengingati mati; dan keduanya, kejap lagi aku pun nak memandu di lebuh raya. Eheks… macam le aku ni memandu laju… ekekekekeke…
30 September 2009 pada 3:05 PM
BRO… tak laju tak macho laaa…kan? kan?
30 September 2009 pada 5:10 PM
Kalau bodoh pun tak macho gak… eheks… Yang bawa laju terlampau tu memang… hmmm… ba wau dal wau ha le tu. Tak sabar nak kejar ajal. Apa payah nak kejar ajal? Bukan ke ajal sentiasa mengejar kita? Eheks…
30 September 2009 pada 4:45 PM
eksiden pasal laju? ye…laju lepas tu eksen, camtu laa…eksiden pasal ngantuk? pun ye gak sebab xleh bwk laju kat highway…eksiden pasal jalan rosak? mungkin jugak, tgh speed nak kurangkan ngantuk, tetiba ada lubang besar kawah tgh jalan..mau tak gedegang…
30 September 2009 pada 5:07 PM
Dulu DBKL ada lancar satu pasukan respon segera bila ada aduan lubang atas jalan raya. Masih ada lagi ke pasukan tu ek?
1 Oktober 2009 pada 9:57 AM
ada..tgh sibuk buat lubang baru…
2 Oktober 2009 pada 9:06 AM
Ekekekekekeke… Betul gak tu! Kalau dah tak ada lubang camne nak cari makan, kan? Seberadik le nampaknya kontraktor kambus lubang dengan mekanik tayar motor ni ek?
2 Oktober 2009 pada 10:12 AM
mungkin la kot…hehehe…
2 Oktober 2009 pada 2:50 PM
Teori yang memang ada kelas gitu… eheks…
2 Oktober 2009 pada 5:28 PM
aku rasa penyebab eksiden ni bila orang duduk line 2 tapi slow macam kena buasir…
berdasarkan pengalaman bro…
2 Oktober 2009 pada 7:30 PM
Yup setuju! PLUS ke utara dari KL ke slim River tu dah jadi 3 lane. Kut-kut kenderaan berat serta kenderaan ringan yang bergerak macam kenderaan berat boleh le gunakan lorong paling kiri. (Dan juga ofkoz kenderaan berat yang bergerak macam kapal terbang jet suka duduk di lane kiri dan kanan dan tengah malahan emergency lane sekalipun!) Tapi taaakkk…! Depa guna lorong tengah dengan kelajuan di bawah 100Kmj. Adusss…! Ini macam kalu kalau buat lima lorong highway pun tak ada faedahnya… Buat menaikkan harga tol secara sia-sia je…
2 Oktober 2009 pada 5:28 PM
yang kena buasir tu bukan aku tapi driver lain……
2 Oktober 2009 pada 7:28 PM
Lu tak kena buasir pun drive slow ke? Ekekekeke… aiyaaarrrkk…!