Dah Sampai Sini
Alhamdulillah… Lebuh Raya Utara Selatan tadi clear, kecuali selepas terowong tu. Ada construction yang agak panjang tapi disebabkan hiway clear sejak mula perjalanan tadi maka aku tak rasa macam nak mencarut pun… hehehe…
Cuma di R & R Tapah tadi agak padat dengan anggota polis yang majoritinya aku agak polis pelatih dari PULAPOL kut? Sebenarnya kat hiway sebelum R & R Tapah tu memang aku ada potong satu konvoi polis dalam patrol car, trak dan bas persiaran. Bukan sebuah, tapi beberapa buah beb! Panjang konvoi tu! Mesti dia orang on the way untuk satu function. Agaknya dia orang baru sampai ke R & R Tapah tu masa aku tengah solat. Ramai giler! Majoritinya jantan. Sampai gelap dan mendung je R & R Tapah tu disebabkan uniform gelap dia orang. Tandas pun penuh! Ciszzz… Nasib baik aku tak rasa nak berak tadi. Tempat makan pun penuh. Maka terpaksalah aku bersantap KFC je sebab area KFC lengang. Depa tak suka makan KFC kut?
Dan kat sini aku bermastautin di hotel yang aku suka banget sebab ada internet free! Dari bilik aku ni boleh bertenet! Perghhh…! Dan ya, gambar kat atas tu ialah katil bilik hotel aku. Dan ya, atas katil tu memang seluar aku. Dan ya, sekarang ni aku memang tak pakai seluar. Nak tengok?
p/s: Dalam jajahan negeri Perak tadi sedang aku dok tekan-tekan punat cari stesen radio, dapat le Radio FM Perak. Terdengar tentang satu event haper entah kat Pasir Puteh 4 Oktober ni. PDRM punya event. Barangkali konvoi tu on the way ke sana le tadi tu.
2 Oktober 2009 pada 5:23 PM
apakah relevannya anda tidak memakai seluar dan hanya memakai baju sahaja?
anda kurang kewaspadaan terhadap serangan tungau!
2 Oktober 2009 pada 7:31 PM
Baju? Baju tersidai kat kerusi tempat aku duduk menaip masa tu… hehehehehehehe…
8 Oktober 2009 pada 4:06 PM
persoalannya, sapa yg tanggalkan seluar kau menggantikan Permaisuri kau yg selalu buat keja tu?
8 Oktober 2009 pada 5:15 PM
Huh? Bila? Di mana?
14 Oktober 2009 pada 7:12 PM
wa… nape tgl suar kt situ?..
nnt sy basuhkah ehek ehek
14 Oktober 2009 pada 10:22 PM
Errr… basuh seluar ke?