Gempa Bumi – Kisah Benar

Aku baru keluar dari bilik air hotel aku tadi. Tetiba aku rasa macam pening. Badan rasa berbuai-buai. Eh? Kejap! Kejap! Aku pernah alami rasa macam ni dulu!

Dulu, semasa Tsunami menyerang Acheh, aku berada di tingkat 13 Wisma TNB di Pulau Pinang. Jam hampir 12 malam masa tu dan aku masih bekerja dengan beberapa pekerja pejabat di tingkat 13 Wisma TNB tu. Tetiba aku rasa badan aku berbuai-buai. Aku pening ke sebab bekerja sampai tengah malam ni? Lepas tu salah sorang staf kat situ berlari keluar dari biliknya sambil menjerit-jerit “Earthquake! Earthquake! No joke man!”

Baru kami semua tersedar bahawa kami bukannya pening tetapi bangunan Wisma TNB tu sebenarnya yang berbuai-buai disebabkan goncangan bumi yang mengakibatkan Tsunami tahun tu.

Tadi aku alami rasa yang sama di tingkat enam hotel ni. Gempa bumi lagi ke? Tsunami lagi? Kemudian rakan ofis dari KL telefon.

“You ada rasa tremors tak?” dia tanya.

“Ya,” aku jawab. “KL pun rasa?”

“Ya. Kuat!”

Dipendekkan cerita, tak lama lepas tu, rakan ofis aku tu hantar SMS pula yang berbunyi “7.9 earthquake off coast of Padang.”

Ni bukan cereka tau! Ni kisah benar!

Lebih baik aku tunaikan segera solat Maghrib dan Isyak jamak aku ni sebelum aku mati dalam runtuhan!

Advertisements

16 Respons to “Gempa Bumi – Kisah Benar”

  1. ko kat mana sebenarnya ni eh ?
    moga semua selamat

    • Wa sekarang kat Hotel Sunway Seberang Jaya di Seberang Perai beb. So far Alhamdulillaah. Tak ada buaian atau gegaran lagi. Harapnya dapat tidur lena malam ni. Kut-kut lena sebab dibuai bangunan ni entah le… aiyaaarrrkkk…!!!

  2. Apparently Samoa was hit hard …a tsunami somore.It was all over the news just now.Flashback balik kisah tsunami dulu.By the way, Samoa rupa-rupanya ade ‘America Samoa’ as well.Check it up.It’s so weird.

    • Yup… the hotel people told me about it when I finally went down at around 8 pm. They told me the swaying was due to the American Samoa Tsunami. When I suggested that it must’ve been due to the Padang 7.9 Richter scale earthquake, they looked a bit puzzled. Obviously they didn’t know about the Padang earthquake.

      And the awek Reception finished her shift at 11 PM… Rushing home takut kena hempap hotel… eheks…

  3. gua pernah experience kat penang dulu. bujang belum kawin. it was exactly 1 year after the acheh’s tsunami. dia punya cemas toksah cakaplah. mula-mula bergegar. lepas tu menggelupur kitorang turun ikut tangga (fire exit) dari tingkat 11. bayangkanlah berapa ramai orang kucar-kacir nak turun tangga masa tu? kat bawah siap ada patrol car bising-bising bagi warning tsunami gelombang kedua, berhati-hati dsb. gila ah!

    few minutes later kitorang decide runner balik naik atas clear barang, turun checkout, malam tu jugak berambus balik kl. sepanjang perjalanan masih berdebar beb. pengalaman beb. oh ya, hotel kitorang kat gurney drive. exact same spot macam dalam gambar yang keluar paper tu. itu yang lagi cemas tu.

    • Dekat-dekat hujung tahun aje berlaku gempa kat daerah belah Nusantara ni ek? Ada kemungkinan ke gempa semalam tu sekadar bumi mengesot dalam tidur sebelum menggeliat terjaga di hujung tahun nanti? Aiyaaarrrkkk…!!! Na’udzubillah…!

  4. pyerudz, yang tu aku rasa yang bulan mac, lepas tsunami tu kot…aku pun penah gak time study kat shah alam…tgh malam apartment goyang, berlari dari tingkat 12, sampai bwh, x lari sgt sebab duk kira berapa byk peha gebu yang ada..
    hehehe..sesi coci mata daa…tgk muka2 awek yang bgn tdo, ramai gak yang muka seksi time lepas bangun…pakai hotpants lak tu…
    lalalala…

    • Ye le kut agaknya. Aku pun tak baper nak ingat dah sama ada sebelum atau selepas Tsunami tu. Faily aku kat KL tak rasa sangat gegaran tapi kengkawan kat Kg Subang yang dok apartmen semua berlari turun ke bawah sebab dia orang rasa gegar kuat.

  5. kul 6.30 kat jalan kebun klang….

    tengah sedap kutuk kutuk orang gua rase mcm pening pening

    ntah macam mane kawan gua sound `macam gempa je’..

    dan dan time tu suma ingat tuhan ade mengucap la,beristigfar la..

    padahal tadi sedap mengumpat….

    tau takut….

  6. plat bumi da berubah, Malaysia pun da termasuk dalam kawasan gempa bumi…da laa aku kat tingkat 19…jadi emergancy response team lak tu..mau aku yang lari dulu kalau jadi gempa nih…

  7. Uishhhh U buat I suspens tauuu….

    • Gempa bumi ni memang bencana alam Kak dan sememangnya kita semua harus rasa suspens! Na’udzubillah…! Menengok keadaan Muslimin Malaysia zaman ni… adoi laaa… Sesungguhnya bala’ diturunkan tanpa mengenal yang beriman atau tidak… Adusss…!

  8. harus ke pejabat siemens yang ramai awek dulu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: