Arkib untuk Oktober, 2009

“Kita” Juga Lagi yang Memberi… Demi “Negara”…

Posted in Bodoh, Ekonomi, Gomen, Undang-undang on 31 Oktober 2009 by Najwa Aiman

Tahun depan kereta yang umurnya dah mencapai umur baligh lelaki wajib serah diri ke Puspakom setiap kali nak renew roadtax kan?

KERETA 15 TAHUN MASUK PUSPAKOM

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan…

Peraturan itu yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi…

Berapa charge kena bayar di Puspakom ek? Jangan tetiba naikkan charge tu sudah le. Anyways, ni sebahagian daripada Dasar Automotif Negara yang baru. Boleh baca selanjutnya. Yang baru start kerja dan pergi balik kerja dengan kereta pusaka hadiah daripada ayah yang dah pakai kereta tu sejak zaman dia muda, buat tabung simpanan Puspakom selain tabung cukai jalan + M & R. Tabung petrol pun kena buat gak sebab harga petrol pun nanti nak naik lagi tu… eheks—

Petrol tanpa subsidi?

HARGA petrol di pam kemungkinan akan berasaskan harga pasaran atau tanpa subsidi apabila sistem pengurusan subsidi dilaksanakan pada tahun hadapan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah…

Oh ya… kena tambah satu tabung lagi — tabung saman JPJ. Yang “selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi” tu kereta saja tau… bukannya Puspakom atau JPJ tau! Ingat tu—

Lelaki beli kereta jaguh badminton kecewa disaman

KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang lelaki memiliki kereta bekas pemain badminton negara, Rashid Sidek bertukar malang apabila dia disaman penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana didakwa melakukan pengubahsuaian pada bahagian bumbung…

…Dia hairan kerana keretanya lulus pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Komputer ketika urusan jual beli dilakukan.

“Saya tidak faham mengapa harus dipersalahkan dalam hal ini memandangkan kenderaan itu masih dalam spesifikasi asalnya sewaktu kerajaan menghadiahkan kepada Rashid Sidek…

Tahun depan pengangkutan awam semua dah cekap kan? Kan? Nak pergi mana-mana pun tak ada hal dengan pengangkutan awam kan? Kan? Kita tak perlu buat satu lagi tabung untuk tambang LRT, bas atau teksi pula lagi nanti kan? Kan? Bukan ke? Ke?

Kerja Kosong – Pegawai Hendap

Posted in Bodoh, Islam, Undang-undang on 30 Oktober 2009 by Najwa Aiman

LAPORAN SEMALAM—

Lemas depan masjid

PUTRAJAYA: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.

Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari…

LAPORAN HARI NI—

Perlu tambah penguat kuasa

PUTRAJAYA: Kekuatan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Putrajaya perlu ditambah bagi menangani gejala maksiat di kalangan pasangan kekasih yang semakin berleluasa di kawasan itu termasuk berhampiran Masjid Putra di sini, sejak kebelakangan ini. [kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad]…

Apa yang berlaku selepas pasangan yang ditangkap dan didakwa tu disabitkan kesalahan ya? Denda dan/atau penjara ek? Tu saja ke? Sejak dulu memang macam tu le kan? Tak berkesan ek? Kenapa ya?

Sebab tak ada tarbiyah kut? Tak ada dakwah. Tangkap, dakwa, kemudian denda atau penjara atau kedua-duanya. Sepanjang tempoh tu tak ada tarbiyah dan dakwah. Penjara bukan pendekatan terbaik le kan?

Agaknya ni le natijah bila kita meninggalkan amar ma’aruf kan? Bukan ke? Ke? Tambah penguat kuasa aja ke? Tambah pendakwah okey tak? Kalau nak tambah penguat kuasa, apa kriteria dan ciri-ciri calon penguat kuasa tu nanti ek? Baca laporan yang ni pula—

Serah tubuh takut didakwa

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bernafsu syaitan sanggup menyamar penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) sebelum memperkosa seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di pantai Tok Jembal, dekat sini, awal pagi kelmarin…

…Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, kesal dengan perbuatan suspek yang dikenal pasti sebagai bekas seorang penguat kuasa agama sukarela yang dilantik kerajaan kerana sanggup merogol mangsa.

Menurutnya, sebagai bekas pegawai pencegah maksiat, suspek tidak sepatutnya melakukan perbuatan keji itu.

Beliau berkata, kad kuasa diberikan kepada suspek sudah lama ditarik balik JHEAT dan lelaki itu sudah tiada kuasa untuk menahan pasangan yang disyaki berkhalwat atau melakukan maksiat…

Jadi, masih salah ke kalau aku gelarkan dia orang tu Pegawai Hendap? Salah ek?

Hitam Atau Putih?

Posted in Fiqh, Islam on 30 Oktober 2009 by Najwa Aiman

Ni produk dari Thailand. Bukan ‘saudara’ mahupun ‘saudari’, tapi bak kata Gafaro, ‘saudarai’ (Ya! Dia orang ni semua JANTAN!)

Yang ni pun ‘saudarai’, tapi produk dari Afrika. So? Nak yang hitam atau putih? Tak ada kelabu atau in between. Hitam atau putih? Hitam ke, putih ke, dua-dua 100% tak halal sebagai isteri… eheks—

Tapi yang ni pula? Makanan tu laaa… Bukan model tu! Produk makanan tu dari Indonesia. 50% halal. Aik? Hmmm… kalau 50% halal, baki 50% lagi tu apa ek?—

By the way, model tu ialah Maria Ozawa. Awek Jepun. Ya… 100% halal sebagai isteri. Aku kompem dia 100% sebab aku dah tengok seluruh anatominya tanpa selindung seurat benang pun! Sumpah!

Well… mu’alim kata yang ada hanya syurga dan neraka. Tak ada daerah lain antaranya.

Identiti Pada Aromanya

Posted in Quips, Santap on 30 Oktober 2009 by Najwa Aiman

Malam tadi ada orang jantan dalam ofis aku sudah makan petai dalam kuantiti yang banyak. Jamban pagi tadi sendat dengan bau petai! Cet…! Eeeiii…!!! Tapi sekarang aku rasa macam berselera sangat pula nak makan sambal petai masakan Bonda… adoi laaa…

Apa lagi makanan selain petai yang walaupun dah melalui proses perkumuhan tapi masih mengekalkan identiti baunya ek? Hmmm…

Nak Conteng Apa Ek…?

Posted in Bebel, Quips on 27 Oktober 2009 by Najwa Aiman

Ni tahun terakhir aku boleh enjoy dengan semua diary yang aku dapat setiap tahun. Tak sedar dah sepuluh tahun aku dapat enjoy menconteng biji mata dalam diary aku setiap kali aku boring, kan? Ekekekeke… Dalam meeting ke, trial ke, hearing ke haper ke… biasanya memang diary aku ada kat depan terpampang. Asal boring je aku start conteng. Normally aku mulakan dengan menconteng biji mata kat dua nombor sifar yang menunjukkan tahun dalam diary tu. Lepas tu baru aku move to menconteng apa-apa lagi yang patut dalam halaman tu… eheks…

So mulai tahun depan nampak gayanya aku tak boleh start menconteng dengan biji mata sebab tahun depan dah tak ada dua sifar sebelah menyebelah dalam tahun 2010… Hmmm… Eh… Rasa nak menconteng lagi le besok… Eheks…!

Sex… Seks… Gender… Jantina…

Posted in Bahasa on 27 Oktober 2009 by Najwa Aiman

Kalau lelaki = Posmen. Kalau perempuan? Hmmm… Dulu ada satu lagu nyanyian Rahimah Rahim. Perghhh…! Kalau Rahimah Rahim sekarang ni dalam usia dia masa tu… Perghhh…! Cun siot!

Eh? Kejap… tergelincir topik. Dulu ada satu lagu nyanyian Rahimah Rahim berjudul Posnita. Pernah dengar? Betullah! Memang adalah! Guess what? Cerita lagu tu ialah tentang seorang posmen wanita = Posnita! Ekekekeke…

Selain daripada ‘Posmen’, apa lagi istilah berbentuk profesion dalam bahasa Inggeris yang diceduk terus ke dalam Bahasa Malaysia dan menggambarkan seks? Maksud beta menggambarkan jantina le…! Ada tak?

Update: Saja nak tambah petikan dari respon kepda komen Pootz—
And then kita ada
‘seniman’ dan ‘seniwati’, ‘olahragawan’ dan ‘olahragawati’, ‘biduan’ dan ‘biduanita’. DJ Zainal Din selalu cakap ‘wanita’ dan ‘waniti’… ekekekeke…

Imported From Bidor

Posted in Famili, Santap on 26 Oktober 2009 by Najwa Aiman

Ni semua landing transit kat rumah Ayahanda beta malam tadi. Imported from dusun Allahyarham Tok dan Opah di Bidor. Landing sekadar transit je di PJ tu. Pye, kalau lu baca ni, ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya kemungkinan besar kesemua kargo berharga ini akan melalui proses logistik untuk berlabuh di rumah Ayahanda Alang… most probably by 27 October 2009. Hah! Bersegeralah kamu berangkat ke Keramat! Nanti kempunan! Eheks…

p/s: Wa dah cukai dalam tiga biji rambutan gading tu. As for the durian, wa cuma belasah dalam tiga ulas (bukan pangsa mahupun biji tau) yang memang dah sedia dikopek dan diletak di dalam tupperware di dalam peti ais… Adoi laaa… makan durian peti ais juga lagi… adoi laaa…!