Re Masjid: Evolusi Diriku

Aku dipacak sebagai surau di kawasan perumahan baru. Lebih banyak dilawati oleh serangga, cicak, tikus dan habuk daripada dikunjungi umat manusia kawasan perumahan tersebut. Bila kawasan perumahan semakin besar, aku pun diupgraded menjadi masjid. Material tubuhku dibina baru dan aku jadi lebih besar. Pusat komersil di sekeliling kawasan dan taman perumahan tu berkembang pesat sehingga rumah kedai menjadi bangunan pejabat dan bangunan pejabat menjadi pencakar langit dan pencakar langit mengandungkan pusat karaoke, SPA dan sarang pelacuran… eheks…

Dan aku jadi tumpuan solat Jumaat dek jemaah dari pejabat awam dan swasta dari pusat komersil tu hingga sesak dan melimpah ke luar pagarku. Dia orang tu bukan penghuni dan penduduk kawasan perumahan ni. Entah dari mana le dia orang ni datang. Maka aku pun semakin diperbesarkan. Dewanku dah ada air-cond. Karpet aku pun ditukar. Mimbar aku pun tukar — dulu cangkat kayu sekarang dah jadi anjung berbatu marmar. Tongkat khatib pun tukar juga sampai tak nampak macam tongkat, tapi nampak macam belantan pulok. Tapi yang bersolat ramai-ramai hari Jumaat di masjid tu masih bukan penduduk kawasan perumahan ni. Penduduk sini solat Jumaat kat masjid lain yang dekat dengan pejabat dia orang masing-masing.

Lama-lama, pusat komersil makin membesar. Ada masjid lain dibina dalam kawasan pusat komersil tu sebab jajahan kariah makin luas nak tampung jemaah Jumaat. Aku jadi tambah selesa untuk jemaah sebab bilangan jemaah dah terpecah. Tapi jemaah aku ni masih lagi bukan penduduk perumahan ni. Masih lagi pekerja pejabat awam dan swasta dari pusat komersil.

Sekarang dah hampir setengah abad, dan aku akhirnya dikunjungi juga oleh penduduk kawasan perumahan ni yang umur mereka juga dah sekali ganda umur aku sendiri. Dia orang dah tak bekerja lagi. Semuanya dah bersara dan pencen. Kini, semasa solat fardu Maghrib dan Isyak, barulah dia orang dapat bertemu dan berkenalan buat pertama kalinya jiran-jiran tetangga memasing di kawasan perumahan ni. Mereka juga  dapat menunaikan solat Jumaat di sini sambil bersesak-sesak dengan golongan muda pekerja pejabat awam dan swasta.

Dan kawasan perumahan ni dah jadi kawasan perumahan elit. Aku juga dah jadi masjid elit. Perbelanjaan aku ditampung sebahagiannya oleh Jabatan Agama, dan sebahagiannya oleh tabung masjid dari sumbangan penduduk pencen, ahli perniagaan, ahli politik dan saki-baki duit gaji pekerja pejabat awam dan swasta yang berhati mulia.

Advertisements

4 Respons to “Re Masjid: Evolusi Diriku”

  1. shahdu jugak baca dairi masjid nie!

  2. Sekurang-kurang ko memahami isi hati nya, berbanding orang yg hanya tau masuk kuar saja… kadang2 mcm nak lepaskan masa berlalu jer… betul tak? uishhhh… tuduhan ker nih?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: