Re Masjid: Penjaga Yang Menyusahkan

Masjid kawasan rumah Ayahanda aku tu dulu kecil je. Setiap kali hari Jumaat memang penuh sesak sampai ke tangga dan perkarangan yang panas terik tu. Kalau nasib tak baik, yang basah banjir dek hujan. Tapi apakan daya. Bilangan jemaah Jumaat yang ditampung memang ramai dari ITM (sekarang UiTM) dan pusat komersil serta pejabat kerajaan di sekitar. Sekarang ni masjid tu dah besar. Dah air-cond. Karpet tenggelam. Bahkan dah ada dewan makan, bilik kuliah, pejabat… bla bla bla… Masya-Allah… sangat besar!

Bebaru ni aku cuti dan aku bersolat Jumaat di situ. Dewan solat dua tingkat yang berhawa dingin tu penuh tapi tak sesak pun. Tok Imam dulu dah tak ada. Tok Bilal dulu nampak masih ada tapi bukan dia yang on-duty. Tok Imam tu lagaknya macam Guru Disiplin. Cita-cita tak kesampaian agaknya dulu. Tok Bilal tu pula lagaknya macam penyanyi lagu Melayu asli. Pun barangkali cita-cita tak kesampaian juga.

Rakan yang bekerja di UiTM situ pernah bagitau yang dia dan juga rakan sekerjanya yang lain lebih gemar solat Jumaat ke masjid bulat walaupun lebih jauh. Kenapa?

“Tok Imam masjid dekat tempat kerja aku tu terlebih eksyen,” katanya. “Susah nak describe. Tapi kompem kalau dia tu bukan Tok Imam memang dah lama kena ludah dek orang. Orang hormat dia kerana pangkatnya, bukan kerana orangnya. Lepas tu jenis tak yang fikir tentang ego sendiri je, tak pernah fikir kepentingan orang lain yang nak makan tengah hari sebelum masuk pejabat semula. Apa dia ingat ni negeri Kedah ke yang rest day hari Jumaat? Tak reti baca kalendar ke? Bilal masjid tu pula bila azan… Ya Allah… Aku rasa kalau aku buat complete solat terawih  lapan rakaat pun, Bilal tu masih belum sampai ‘haiya ‘alal falah’ pun!”

Muslim sendiri pun tak nak pergi ke masjid tu… Muslim tau… Apatah lagi…? Hmmm… Suka hati Tok Imam tu le… suka hati Tok Bilal tu le… Siapa yang bayar gaji dan elaun dia orang? Entah… Aku tak pernah ambil tau… Takut buat dosa kering…

Advertisements

8 Respons to “Re Masjid: Penjaga Yang Menyusahkan”

  1. agaknye imam n bilal tu tak tengok `astro oasis,bahtera kehidupan’ kot?

    • ‘Bahtera Perubahan’ kut? Yang Dr. MAZA tu ek? Aku pun jarang dapat tengok tu. Ekceli masjid tu ada dua imam. Yang sorang tu okey… nampak mcam dah berlayar dalam bahtera. Yang sorang lagi tu takut air kut?

  2. hi naj… dah cenyum pg ni….. 🙂

  3. Belah area mana ini masjid BRO….

  4. ooo… mengumpat masjid ye? hahaha

    • Huh? Ekekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!!!
      Weh… Open house Ayahanda semalam awat tak mai? By the way, Imam yang best tu ada datang semalam dengan famili. Imam yang bercita-cita nak jadi guru disiplin tapi tak kesampaian tu tak nampak pula.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: