Halau Cara Terhormat

Macam mana ek? Kalau dalam majlis rasmi, MC atau PM (Pengacara Majlis daaa…) akan sebut something like “Berakhirlah sudah majlis kita. Para hadirin boleh bersurai sekarang.” Kalau nak kasi proses halau terhormat tu cantik sikit, boleh berpantunlah. “Serangkap madah bicara sudah, Kini masanya merapat jurang; Bersantap sudah bermesra sudah, Kini masanya berangkat pulang.” Ewah…! Tu kira halau cara terhormat le tu. Tak faham-faham lagi?

Kalau atas tanah pula macam mana? Mula-mula kawasan tu ialah kampung. majoriti penduduknya golongan pendapatan rendah. Pemaju pun datang dan buat rumah fasa pertama yang berharga di bawah RM300,000. Ramai orang yang berpendapatan sederhana dari luar kampung tu mampu beli. Penduduk kampung yang asal berpindah ke kawasan rumah kos murah setelah dapat duit lebih sikit hasil jual tanah dia orang kepada pemaju. Tiba fasa kedua pemaju akan buat rumah berharga di atas RM500,000. Golongan kaya pula berebut-rebut macam dapat hidangan sate free. Fasa ketiga ialah rumah-rumah bernilai melebihi RM900,000. Golongan yang mampu terdiri daripada sebahagian golongan yang beli rumah fasa kedua tadi. Golongan pembeli fasa pertama kompem tak masuk dalam komuniti tu. Golongan penduduk asal kampung tu? Dah tak ada kat situ lagi.

Dan fasa ketiga dan kedua tu ialah di mana pusat komersil akan membangun pesat. Kawasan perumahan fasa pertama pula? Oh… tu kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan pinggir bandar atau urban. Golongan majoriti kawasan tu dah berubah sekarang. Yang berpendapatan rendah dan sederhana sedikit demi sedikit dipinggirkan ke pinggir bandar. Tak lama lagi kawasan pingir bandar akan jadi kawasan luar bandar pula.

Siapa dia golongan berpendatan rendah dan sederhana tu? Siapa pula golongan yang kaya dan jutawan tu?

Advertisements

10 Respons to “Halau Cara Terhormat”

  1. macam perli tempat tinggal gua je bang…..

    dulu johan setia dipenuhi kelapa sawit skarang dah ade jaya jusco bukit tinggi,dah ade hiway kesas,dalam pembinaan bandar putera dua….

    beberapa tahun(mungkin)lagi kampung johan setia akan tinggal nama…diikuti kg jalan kebun…

    maka ramailah orang orang cina bermastautin di luar bandar klang dan pecahlah undi orang melayu…..

  2. kalau mamak depan IWK nak tutup kedai tu kategori halau sopan ke? silap haribulan kerusi atas kepala….

  3. Mmmmmm rasa2nya layak untuk dimasukkan dalam kategori miskin tegar kot (sedar diri sebenarnya ni) hu hu hu

    • Masuk kategori layak menerima zakat ke tak? Zakat dah RM7.00 tau tahun ni… eheks… Anyways, zakat RM7.00 sebenarnya masih tak cukup untuk tampug kemiskinan Muslim. Pegawai Zakat dah jelajah berapa banyak kampung so far ek?

  4. Zakat pendapatan dah bayar ke?

    Saya rasa golongan kakitangan kerajaan yg tinggal dirumah kos sederhana tu… harap loan kerajaan jer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: