The Art of Berak Awam

Sebagai seorang yang telah menggunakan public toilet sejak zaman sekolah rendah sampai le sekarang, aku tak perasan dan terlupa selama ni rupa-rupanya nak guna public toilet memang memerlukan skil tertentu. Boleh jadi “art” pula tau.

Pagi tadi aku masuk satu public toilet sebab nak… eh? Tak payah ceritalah tujuan aku masuk situ! Cet! Bila aku masuk saja, di sebalik tembok tinggi dalam toilet tu dan di depan pintu salah sebuah jamban jenis cangkung, aku terserempak dengan seorang lelaki ni. Well… memang le lelaki, kan? Kalau perempuan maknanya sama ada aku atau dia sudah salah toilet. Atau dia tu sudah salah jantina! Aiyaaarrrkkk…!

Anyways, aku nampak dia dalam keadaan kedua-dua kakinya basah lencun. Pakaian pejabat lengkap, cuma tak bertali leher. Sambil terbongkok-bongkok menyarungkan setokin dalam keadaan kakinya yang basah. Lantai toilet tu secara keseluruhannya kering, kecuali di kawasan dia berdiri.

“Kenapa tu?” aku tanya, sebab curious.

Dia dongak pandang aku sambil sengih-sengih.

“Tadi buang air, buka kasut. Takut basah,” dia jawab. Aku agak dia baru lepas gunakan jamban cangkung kat belakang dia tu sebab dari situ aku nampak lantai jamban tu basah lencun. Tapi aku tak observe sangat le kalau-kalau ada saki-baki apa-apa yang tak patut.

“Nak pergi ofis ke?” aku tanya.

“Nak pergi interview,” dia balas sambil menyarungkan setokin di kaki sebelah pula.

Teori aku, dia tanggal habis seluar dia semasa nak gunakan jamban cangkung tadi. Well… sekilas tahi di lubang jamban, sudah kutahu mahir tidaknya dia gunakan public toilet! Ekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!!!

Advertisements

10 Respons to “The Art of Berak Awam”

  1. pasal tu dalam kereta kena ada selipar…hehehe…The art of Berak Awam yek?

    • Huh…? Cet…! Syyyttt…! Ekekekeke… Selipar dalam kereta tu untuk emergency daaa… Aku beli kat Bukit Merah Laketown Resort hari tu sebab sandal sudah tercabut. Expert berak awam tak perlu selipar untuk berak kat tandas awam tau! Eheks…

  2. naj…. u kalau wat n3 pasal per2 pun jadik….. ekekek

  3. Tak de gambar mamat lencun tu ke?

  4. gua seram bila tandas sunyi…

    nanti orang leh main teka teka apa gua buat dalam toilet…

    selalunya gua akan bukak paip kuat kuat biar bunyi bising..

    dan tidk sekali kali gua menyanyi atau mengaji untuk menenggelamkan suasana sunyi dalam toilet

  5. hahaha…dulu kat toilet KLCC, member2 abg aku penah sebut kuat2 “cebuk!” time org dlm toilet tu membersihkan diri, tetiba je senyap..rasa org tu tengah kaku dalam jamban…hehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: