Sokong Sorak Tak Cukup Beb…

Kecoh gak dulu sekejap bila Sime Darby nak beli IJN. Lepas tu tak jadi, kan? Tadi aku jumpa dalam Harian Metro berita ni—

Yayasan IJN perlu RM3 juta setahun

KUALA LUMPUR: Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta setahun bagi menampung kos rawatan dan pembedahan bagi pesakit jantung kronik di kalangan mereka yang kurang berkemampuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kutipan Derma, Datin Julini Mohd Ali, berkata dana itu diperlukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain…

Laporan tu menceritakan tentang Siow Chee Siong, 14, dan Nur Aeinshah Kamarudin, 8 yang akan menjalani pembedahan di situ. Jumlah dana yang berjaya dikumpul untuk kedua-duanya ialah RM38,000.

Kalau korporat ambil alih, dana mungkin bukan masalah besar, tapi pesakit seperti Siow dan Aeinshah mungkin takkan dapat menjalani pembedahan yang sepatutnya melainkan dengan sumbangan orang ramai dan organisasi yang bersimpati.

Kalau kita nak IJN kekal sebagai institusi yang tak dikawal oleh korporat, maknanya kita kena selalu hulur sumbangan kepada IJN. Sorang seringgit pun jadilah. Bayangkan kalau seluruh warga KL saja menyumbang seringgit sorang setahun. Tu baru warga KL je. Insya-Allaah…

Tapi macam mana nak menyumbang ek? Kalau tak tahu cara nak menyumbang tu yang problem tu… Takut-takut duit yang nak disumbang tu bertukar jadi kos penyumbaleweng pulok… adeh…!

Advertisements

8 Respons to “Sokong Sorak Tak Cukup Beb…”

  1. Memang setengah orang yang berduit lebih, tak tau nak sumbang kat mana… Itu pun masalah gak tu.. kan?

  2. itulah masalahnya malaysia hari ini. yang millionaire, billionaire tidak berapa hingin nak beramal jariah. hairan juga duit banyak-banyak tu nak bawak masuk kubur ke?

  3. tapi selalunya cakap senang,buat susah!

  4. bersetubuh? susah tu…susah nak tahan dari buat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: