Kerja Kosong – Pegawai Hendap

LAPORAN SEMALAM—

Lemas depan masjid

PUTRAJAYA: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.

Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari…

LAPORAN HARI NI—

Perlu tambah penguat kuasa

PUTRAJAYA: Kekuatan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Putrajaya perlu ditambah bagi menangani gejala maksiat di kalangan pasangan kekasih yang semakin berleluasa di kawasan itu termasuk berhampiran Masjid Putra di sini, sejak kebelakangan ini. [kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad]…

Apa yang berlaku selepas pasangan yang ditangkap dan didakwa tu disabitkan kesalahan ya? Denda dan/atau penjara ek? Tu saja ke? Sejak dulu memang macam tu le kan? Tak berkesan ek? Kenapa ya?

Sebab tak ada tarbiyah kut? Tak ada dakwah. Tangkap, dakwa, kemudian denda atau penjara atau kedua-duanya. Sepanjang tempoh tu tak ada tarbiyah dan dakwah. Penjara bukan pendekatan terbaik le kan?

Agaknya ni le natijah bila kita meninggalkan amar ma’aruf kan? Bukan ke? Ke? Tambah penguat kuasa aja ke? Tambah pendakwah okey tak? Kalau nak tambah penguat kuasa, apa kriteria dan ciri-ciri calon penguat kuasa tu nanti ek? Baca laporan yang ni pula—

Serah tubuh takut didakwa

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bernafsu syaitan sanggup menyamar penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) sebelum memperkosa seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di pantai Tok Jembal, dekat sini, awal pagi kelmarin…

…Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, kesal dengan perbuatan suspek yang dikenal pasti sebagai bekas seorang penguat kuasa agama sukarela yang dilantik kerajaan kerana sanggup merogol mangsa.

Menurutnya, sebagai bekas pegawai pencegah maksiat, suspek tidak sepatutnya melakukan perbuatan keji itu.

Beliau berkata, kad kuasa diberikan kepada suspek sudah lama ditarik balik JHEAT dan lelaki itu sudah tiada kuasa untuk menahan pasangan yang disyaki berkhalwat atau melakukan maksiat…

Jadi, masih salah ke kalau aku gelarkan dia orang tu Pegawai Hendap? Salah ek?

Advertisements

10 Respons to “Kerja Kosong – Pegawai Hendap”

  1. Yang ada kad kuasa atau tukul pengetuk kat court tu pun manusia biasa gak.. So ada manusia yang sangat rajin dengan kuasanya.. ada yg sangat malassss…

    penjara untuk yang malas nak fikir banyak.. sumbat habis cerita. Serik tak serik bukan lagi skop bidang tugas dia.. Dia pun akan buat tugas tu ulang kali sampai dia pencen.. agak nyer lerrrr…

    Lalu apa pendekatan terbaik (selain pendidikan dari rumah?) Sejauh mana nak control beb…! dalam rumah mungkin bleh la.. kalu dah dok asrama bertahun? kuar kerja outstation? jumpa ramai orang? pengaruh ada bau ker leh ke hidu?

    Ntahhh.. dah pepagi dini ni, I pun takleh fikirrrr…. menung sesama gak lerrr…

    • Pendekatan terbaik? Hmmm… Yang Rasulullah SAW ajar le kut? amar ma’aruf nahi munkar… Kan? Bukan ke…? Anyways, pesalah ajaran sesat akan lalui program tarbiyah. Macam Pak Kahar Rasul Melayu tu, begitu gak Sheikhul Arqam Ustaz Asha’ari dulu.

  2. bukan sekarang ramai amek amal mungkar nahi maaruf!

  3. Aku rasa tangkap dan terus kahwin dan beri kahwin percuma kepada sesiapa yg ingin berkahwin khususnya mahasiswa ipta.

    Jika aku jadi menteri la.

    • Perghhh…!!! Ada sikit masalah kat situ bro… Kalau golongan yang dihalang berkahwin oleh mak bapak atas sebarang alasan yang munasabah mahupun yang tak munasabah, ada possibility akan guna kaedah ni untuk dapat kahwin. Kalau salah sorang pasangan tu bukan Muslim (which is the very the very and very the very common sekarang ni) lagi susah.

      Tapi untuk suami-suami yang bini dia orang tak nak sain borang, ni salah satu cara mencegah kemungkaraaaaaaannn… ekekekkekekekekeke…

  4. Satu lagi, sepatutnya setiap orang islam perlu ada kad kuasa tangkap kelakuan sumbang ni, baru senang nak tangkap. Siapa nampak maka dia akan tangkap.

    Ko nak tak? hehe

  5. Cari Kerja Online…

    ass. mau lamar jadi satpam, masih ada lowongan ngak?…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: