Arkib untuk November, 2009

Ni Bukan Alphabetic Tool

Posted in Budaya, Nostalgia on 29 November 2009 by Najwa Aiman

Atas meja makan kat kampung ada lastik ni. Dah berkurun tak pegang benda ni. Rasa-rasanya Putera Puteri aku tahu benda ni, tapi dia orang tak pernah gunakan kut? Pistol plastik tu biasalah kut? Bukan ke?

Di istana beta depa panggil benda ni teghebir”… Terbir… eheks… Pelurunya? Ikut rasa brutal masing-masing laaa… Nak pakai ball bearing pun boleh! Hehehehehe… Nak guna biji gatal pun okey. Batu tu biasa.

Target? Ekekekekeke… lagi mau tanya ke? Tu… target Si Yana masa dia bawa motor pepagi pergi kedai. Bestnya dapat pegang dia masa tolong dia bangkit dari jatuh motor tu kan? kan? Bukan ke? Ke?

“Dodoi Si Dodoi” Ni Orang Atau Lagu?

Posted in Budaya, Quips on 29 November 2009 by Najwa Aiman

Sekian lama tak jejak kaki ke kampung banyak gak yang dah jadi transformer. Anak-anak sedara dah jadi anak-anak dara. Lawa-lawa dan manis-manis depa ni! Nasib baik aku balik kampung. Kalau tak, berlaga bahu dengan depa kat mana-mana pun silap-silap boleh stim sebab tak kenal depa tu anak sedara sendiri… ! Apatah lagi kalau berlaga hidung, berlaga bibir, berlaga paha… Aiyaaarrrkkk…! Ya ampun!

Yang dulu single, sekarang dah beranak-pinak. Ramai betul bebudak. Meriah dengan irama dodoi anak masing-masing. Macam-macam irama, kan? Mesti ada macam-macam lirik gak tapi tak sejelas iramanya. Kebanyakannya irama dodoi ala-ala Bawang Puth Bawang Merah gitu… Kecuali satu yang aku dengar ni.

“Hang dodoi lagu ‘Aku Bukan Superman’ ka?” aku tanya sebab dah berkali-kali aku dengar memang sungguh mirip irama lagu bebudak Indo tu!

“Huh! Mengarut je hang ni! Ada pulak dodoi lagu tu!” dia marah.

Hmmm… serius! Memang setiap kali dia dodoi, irama tu yang keluar! Tapi dalam nada sentimental dan lebih mederato dibuai melankolik… Hmmm…

Yang Aku Tulis, Yang Engkau Baca

Posted in Bahasa, Bodoh on 24 November 2009 by Najwa Aiman

Masih ada lagi orang marah dengan “A’KUM” ek? Adoi laaa… Pernah gak membebel panjang lebar pasal ni dalam blog KháYáL lama yang dah ghaib tu. Malas nak tulis balik. Anyways, ringkas tu kekadang bagus, kan? Kekadang laaa…

Apa-apa hal pun, saja nak sentuh semula. Sentuh je… tak pegang pun… alahai… Kalau kita baca ayat “…ikan, sayur, dll…” maka bunyi baca kita macam mana ek? Gini kut? “…ikan, sayur, delllllellll…”. Tak percaya? Tanya dia orang yang marah sangat pasal ‘a’kum’.

Kalau baca ayat “…ribut taufan dsb…” maka bunyi baca dia orang “… ribut taufan dessssseb…” kan? Kan? Bukan ke? Kalau baca ayat “… mati krn mabuk di jln raya…” maka dia orang akan baca “… mati krrrrrrnnn mabuk di jellllnnnnenn raya…” Bukan juga? Kalau “…smpekn slm kat dia…” bunyi baca dia orang bukan ke “…smmmm-peik-nnn sellll-mmm kat dia…”? Bukan ek?

Setengah orang memang dilahirkan dengan kecacatan BNF. Bukan… bunyinya bukan “be-nnn-fff” laaa… BNF tu ialah ‘Brain-Not-Functioning’. Ya! Memang aku baru aja reka istilah ni! Merujuk kepada mereka yang tak tahu bezakan antara tulisan dan bacaan. Simptom penyakitnya ialah bila membaca pakai tangan dan menulis pakai mulut, dan kedua-dua perbuatan tu depa tak pernah pakai otak. Kalau penyakit ni tak wujud, maka eloklah sekarang ni diwujudkan. Tak percaya? Tanya dia orang yang marah sangat pasal a’kum tu… eheks… Sanggup tu pergi cari isitilah Yahudi tentang ‘AKUM‘. Tapi kurang tepat… adoi laaa… Tak nak try komen pasal TAHI pula? By the way, the next time kau orang nampak perkataan “dewa”, jangan sebut! Kau orang tahu tak apa maknanya tu??? Ekekekeke… eheks…

Biasanya Lebih…

Posted in Ekonomi, Estetika, Quips on 24 November 2009 by Najwa Aiman

Sebuah keluarga sekarang perlu berapa kereta ek? Satu? Dua? Mampu beli dua? Rumah berapa harga? Zaman Ayahanda aku berkerja dulu, kebanyakan orang sayang kereta. Satu benda pun pada kereta dia orang takkan diusik atau ditukar. Tiub tayar pun kalau boleh remain yang original punya sampai le kereta tu dijual… kan?

Tak lama lepas tu orang beli kereta standard Proton dengan harga RM50 ribu hengget lebih kurang… biasanya lebih… eheks! Lepas tu rim 13 ” tukar jadi 17″. Ofkoz tayar pun kena tukar low profile. Habis RM3 ribu lebih kurang… biasanya lebih. Suspension pun tukar gak. Habis lagi dalam RM1 ribu lebih kurang… biasanya lebih. Stereng yang boleh buat dulang pun tukar ke stereng buat tadah cawan. Seat fabrik yang boleh muat bontot gajah tu pun ditukar ke seat bakul. Radio pun tukar. Ofkoz, bila radio tukar, speaker pun tukar. Tambah amp, distributor… bla bla bla… Ekzos pun tukar sampai ke manifold. Enjin? Ofkoz beb…! Eheks… Aksesori lain? Tinted window, RPM meter, turbo meter, thermometer, perimeter, kilometer, sentimeter… eh taruk ajelah apa-apa meter pun. Janji meter.

Total semua tu ada le dalam RM60 ribu hengget lebih kurang… biasanya lebih… eheks… total duit keluar untuk beli dan bikin kereta tu RM100 ribu hengget lebih kurang… biasanya lebih… Eheks….Beta tak minat bikin kereta. Aku minat kumpul kereta… yup! Tapi selalunya juga sia-sia je laaa… Sebab Putera Puteri aku akan lenjan kereta-kereta aku tu… cet! Akhirnya aku decide tak mahu kumpul kereta lagi… serik dah…

Patutlah Ramai Lulus UPSR…

Posted in Bebel, Bodoh, Pendidikan on 20 November 2009 by Najwa Aiman

Peti ais tu apa ek? Fungsinya apa ek? Kalau kita letak coklat dalam peti ais apa yang berlaku pada coklat tu ek? Apa pula yang berlaku pada peti ais tu? Kalau letak buah? Kalau letak pinggan? Letak kereta?

Pagi semalam. Kedai mamak depan ofis. Beberapa orang pelajar kolej perempuan berdiri dekat peti ais besar lutsinar berisi macam-macam minuman tin dan botol. Manissszzz… Minuman tu le… semanisz awek yang masa tu sedang buka pintu peti ais besar tu. Lengannya berbulu roma halus. Kulitnya sawo matang. Rambutnya… hmmm… Aku tak tau rupa rambutnya sebab dia pakai tudung. Sambil diperhatikan oleh sorang lagi rakan dia dan juga oleh aku dari jauh, dia mencapai salah sebuah air minuman dalam tin dari dalam peti ais tu. Tegak sekejap bulu-bulu roma halus kat lengan dia sebagaimana tegaknya juga… errr… hmmm… Tak apa… lupakan…

“Alaaa…!” keluhnya tiba-tiba kepada rakannya di sebelah. Lembut mendayu-dayu dan mengada-ada je nada suaranya. Kali ni dia menggunakan kedua-dua tangannya memegang tin minuman yang baru dicapai. “Sejuklah air ni! Aku bukan nak yang sejuk!”

Apa akan jadi kepada peti ais tu kalau aku letak dia pula kat dalam tu? Sekarang ni bukan sekadar selera syahwat, selera nak berak aku pun dah hilang… Terima kasih kepada awek tu… ciszzz…!

Sudah Potong…50%

Posted in Bodoh, Ekonomi, Hiburan, Kapitalis on 20 November 2009 by Najwa Aiman

Tertarik gak nak tahu apa yang buat Permaisuri aku taksub benar dengan drama bersiri Nur Kasih tu. Setiap petang sebelum jam 7:30 PM dia mesti make sure semua hal lain settle sebab dia nak bermeditasi depan TV… eheks…

Kata Permaisuri aku, setiap petang jam 7:30 PM tu siaran ulangan untuk golongan yang tak tahu drama tu tersiar sejak awal-awal dulu. Lorrr… Tapi setiap Jumaat jam 9:00 PM tu episod terkini. Jarak antara episod ulangan dengan episod terkini tu ada le dekat-dekat sepuluh episod, katanya. Entah.

Permaisuri aku bilang, episod ulangan petang tu siarannya dari jam 7:30 PM sampai 8:00 PM. Tapi episod terkini setiap Jumaat tu dari jam 9:00 PM sampai 10:00 PM. Huh? Macam mana episod terkini yang dah ditayangkan sebelum ni boleh jadi pendek setengah jam dalam slot ulangan?

Setengah jam… Tiga puluh minit tu… Itulah TV3 kan…? Kan…? Kan…? Dah bertahun-tahun aku tak tonton TV3 sebab tensen. Tengah dok asyik enjoy tonton iklan, tetiba siaran iklan tu diganggu sebab nak beri laluan untuk tayang filemlah, dramalah, ceritalah, warta beritalah… Tu yang sakit hati nak tonton TV3 tu.

Selamat menonton.

Seks Umpama Laptop

Posted in Bebel, Bencana on 19 November 2009 by Najwa Aiman

Siswi universiti nak tambah duit buat tampung belajar dan belanja — beri khidmat aktiviti seks.

Anak gadis kita serah duit dan kemaluan kepada Mat Gagak (istilah yang bebudak Malaysia kat UK gunakan untuk merujuk kepada “orang negro”) yang datang ke di Malaysia hingga kini berjumlah lebih 500,000 orang — kerana aktiviti seks.

Anak-anak dara kita yang bulu ari-ari dia orang masih boleh dikira sehelai demi sehelai dibawa dek lelaki Indo ke seberang sana — untuk dibuat teman seks yang sah secara pernikahan.

Budak perempuan belum cukup umur yang masih fikir kemaluan dia hanya untuk kencing dah berjaya menggunakan “alat kencing” dia tu buat menginzalkan datuk, bapak, abang dan adik lelaki — sebab nak lampiaskan kehendak seks.

Seks ni sebenarnya macam laptop kan? kan? Kan?

Masak Apa Yang Menyelerakan?

Posted in Hiburan, Santap on 19 November 2009 by Najwa Aiman

Semasa menonton program kegemaran aku — Chef At Home — kat AFC di saluran TV yang service dia lebih banyak “not available” daripada “available” tu, Chef Michael Smith sebut “cooking is art, baking is science.” Eheks… Aku suka! Katanya cooking ni kita tabur je ingredient dalam masakan tu, goyang-goyang sudip dna senduk, kcau-kacau dan campur-campur… Walla! Siap satu masterpiece. Tapi kalau baking, kita kena sukat bahan-bahan dengan tepat. Kalau silap sukatan, kek atau pastry tu tak menjadi. Betul gak ek…?

Anyways, bila dia sebut baking, aku teringat program French Food at Home kelolaan Chef Laura Calder. (Ya! Aku memang minat banget nonton program memasak! Ada masalah? Ciszzz…!) Wow! Suka sangat tengok Laura buat pastry. Nampak lazat, sedap dan menyelerakan. Terliur! Eh kejap… Aku dah kompius ni… Yang buat aku terliur tu sebenarnya Chef Laura Calder tu sendiri sebab dia memang lazat, sedap dan menyelerakan ke atau pastry yang dia buat ek? Hmmm…

Meratah Tu Pun Makan

Posted in Ekonomi, Etnik, Santap on 19 November 2009 by Najwa Aiman

Bonda beta saja ke, atau kebanyakan orang Melayu lain pun gitu ek? Bonda aku mesti marah kalau aku meratah. “Jangan meratah! Makan dengan nasi!” katanya. Tak kiralah sama ada aku meratah ikan ke, ayam ke, sayur ke… bla bla bla… tapi tak termasuk meratah tubuh awex laaa… eheks…

Tapi kenapa ek tak boleh meratah? Takut nasi membazir agaknya. Tapi kenapa mesti masak nasi? Barangkali dulu-dulu lauk tu benda mewah. Tak banyak. Beras pula melambak-lambak. Anak berderet-deret. Tu baru anak-anak dari bini pertama. Maka nak pastikan semua perut orang dalam rumah tu kenyang dengan bilangan lauk yang sikit, maka makanlah nasi sebab beras melambak-lambak. Bila makan nasi, lauk tak perlu ambil banyak tiap sorang. Secubit dua dah cukup kut?

Sekarang ni bila beras pun terpaksa diimport dari luar negara buat isi perut rakyat Malaysia, meratah nampak macam alternatif terbaik kan? Dapat kurangkan masalah obesiti dan diabetes. Petani boleh beralih kepada menternak lembu, kambing, ayam dan juga ikan kalau pun tak berladang sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dan yang paling penting, aku boleh meratah setiap hari… ekekekekeke… Hmmm… Rasa nak makan sate…

Old Flame

Posted in Matang, Nostalgia on 18 November 2009 by Najwa Aiman

“Flame” tu kiranya macam api le kan? Kenapa disebut “old flame” ek? Anyways, kalau dah ada perkataan “old” tu maksudnya “mantan” atau “bekas” le tu kan? Dah tak pakai lagi le kan? Barang dah lama kan? Kan? Tapi “flame”? Masih menyala ke? Hmmm…

Kau orang punya “old flame” tu singular ke atau plural ek? Dan apa iklim hubungan kau orang dengan “old flames” sekarang ni? Iklimnya bagus bak cuaca Mediterranean ke atau ribut taufan macam di Amerika ke atau pantang bersua macam Yahudi dengan Palestin?

Kalau ditakdirkan terserempak dengan old flame kat mana-mana sekarang ni camne ek? Especially kalau terserempak dia dengan pasangan baru dia? Tegur? Sapa? Jeling je? Buat tak nampak? Jelir lidah? Senyum sengih? Angkat jari tengah? Buka baju? Tanggal seluar? Tuding kemaluan? Apa ek?

Kalau old flame tu jenis yang biasa tidur setilam sebantal serta setubuh dengan kita semasa zaman romantik bodoh dulu reaksinya akan berbeza tak dengan old flame yang kita saling sekadar jamah raba-raba kulit je? Dibandingkan pula dengan old flame yang jenis kita tak pernah dapat rasa langsung kulit dia tu jenis licin, halus atau mengerutu? Lain juga ke?

Dan kalau sekiranya old flame tu sedia kembali bersma melakukan aksi-aksi romantik bertaraf lima bintang di dalam kategori 18Sx dengan kita seperti dulu-dulu, patut setuju atau tak? Hmmm… decision… decision… decision… hmmm…