Kalau Gelak Tu Lawak Le

Ada lagi tak lagu lawak atau lagu jenaka zaman la ni? Selain daripada lagu Joget Di Manalah Jodoh daripada Ali Mamak tu le. Tapi tu lagu saduran sebenarnya kan? Aku cerita tentang lagu lawak original. Dicipta sejak asalnya sebagai lagu lawak. Macam lagu Hasan dan Hasnah nyanyian Ismail Mu Kasim dan Nona Asiah tu. Lagu tu dinyanyikan semula oleh Uji dan Hail tapi liriknya ditukar… adoi laaa… Aku suka banget lirik asalnya. First time dengar aku gelak siot… eheks… Kau orang tau tak lagunya macam mana? Lirik original rangkap pertama bunyi gini—

Hasan suka jaga lembu
Hari-hari curi jambu
Kalau nampak Tok Penghulu
Tentu engkau kena palu

Haaa… tau kan? Irama dan liriknya memang lawak. Ni baru betul lagu lawak,kan? Ada cerita dalam lagu tu. Seronok lelaki dan perempuan ni bergaduh, saling kata mengata dalam lagu. Memula si perempuan mengata lelaki dalam rangkap kat atas tu. Lepas tu lelaki tu mesti le balas—

Hasnah juga budak jahat
Suka curi ikan sepat
Kalau emak engkau lihat
Tentu engkau kena sebat

Ofkoz lepas tu saling balas membalas le. Tapi oleh kerana penciptaan lagu zaman tu dominasinya orang jantan, maka liriknya berbau daki le… eh…? Maksud aku berbau maskulin le… eheks… Asyik tepat mengena perempuan je. Rangkap nyanyian lelaki ada yang begini—

Gadis tidak tahu malu
Suka jalan hilir hulu
Masak nasi pun tak tahu
Nanti siapa yang mahu

Hasnah anak Tok Penghulu
Rupa dia macam hantu
Rambut dia menggerutu
Tentu banyak simpan kutu

Orang perempuan mesti pandai masak dan mesti pandai jaga diri. Tu mesejnya kan? Bukan ke? Anyways, aku suka banget satu rangkap (nyanyian yang lelaki ofkoz) dekat-dekat nak akhir bunyi gini—

Engkau bodoh macam lembu
Suruh belajar tak mahu
Nanti baru engkau malu
Alif sangka batang kayu

Sumpah aku gelak bila dengar stanza terakhir tu… ekekekekekeke… Kalau kau orang nak dengar lagu lengkap boleh ke YouTube ni. Kepada owner channel YouTube tu, mrcupan, I love your collection man! You make me happy! Thanks!

Advertisements

4 Respons to “Kalau Gelak Tu Lawak Le”

  1. aku tau lagu nih…lirik dia memang best…hahahaha..

  2. “Engkau bodoh macam lembu
    Suruh belajar tak mahu
    Nanti baru engkau malu
    Alif sangka batang kayu”
    kutuk habis-habisan 2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: