Kalau Tak Ada Tauliah…

Seingat aku yang selalu ponteng kelas masa belajar dulu, kebanyakan lecturer aku kata “Law is the mechanism of justice, not morality.” Kalau undang-undang ialah mekanisma keadilan, maka penguatkuasaan undang-undang yang tak menepati kehendak keadilan, bahkan mungkin menyanggahnya, mestilah penguatkuasaan yang buruk, tak gitu? Eheks…

Anyways, undang-undang bahawa penceramah agama di Selangor mesti dapatkan tauliah daripada JAIS memang wujud. Tegasnya, kalau nak beri ceramah agama, kena ada permit JAIS. Kalau tak ada, secara teknikalnya penceramah tu dah langgar undang-undang kan? Kau orang tak setuju? Kau orang ada tauliah untuk sanggah aku tak? Eheks…

But then again, tujuan tauliah diberikan untuk apa ya? Teori aku — nak mengelakkan penyelewengan dan penyesatan. Misalnya, orang macam Rasul Melayu tu kompem le takkan dapat tauliah atau permit JAIS. Orang macam aku pun kompem takkan dapat punya. Apatah lagi orang macam Karpal Singh. Umat Islam yang dengar ceramah agama Islam daripada dia orang mesti sesat punya, kan? Kan? Kau orang tak setuju? Kau orang ada tauliah untuk sanggah aku tak? Eheks…

Tapi kalau bekas Mufti macam Dr. MAZA yang ada Ph.D dari universiti yang diiktiraf oleh umat Islam seluruh dunia beri ceramah, penyelewengan dan penyesatan apa sebenarnya yang akan berlaku terhadap umat Islam? Dr. MAZA pun ada program TV dia di Astro Oasis — Bahtera Perubahan. Satu Malaysia dan 1Malaysia serta bahagian dunia lain yang dapat Astro Oasis dapat tonton siaran tu. Kau orang tak setuju? Kau orang ada tauliah untuk sanggah aku tak? Eheks…

Tapi Dr. MAZA tak ada ‘tauliah’ atau ‘permit’ daripada JAIS. Kiranya macam JAIS tak iktiraf ilmu Dr. MAZA tu le. Atas dasar tu maka 35 orang penguatkuasa dihantar menyerbu banglo di mana Dr. MAZA dijemput menyampaikan ceramah agama. Kau orang tak setuju? Kau orang ada tauliah untuk sanggah aku tak? Eheks…

“Law is the mechanism of justice, not morality.” Dalam kes Dr. MAZA (dan biasanya aku tak suka bagi tau orang pandangan peribadi aku secara terus terang gini, but in this case…), justice was not the object. Dan kaedah Dr. MAZA seorang ditahan oleh 35 orang penguatkuasa tu, moral was definitely tarnished. Kau orang masih juga tak setuju? Kau orang ada tauliah daripada siapa untuk sanggah aku ni? Eheks…

Salah siapa kalau orang masih kata Islam agama yang tak berotak, biadap dan ganas lalu melahirkan ‘pengganas’? Sama le tu dengan orang-orang yang menahan Ustaz Badrul Amin dulu… kan? Kan? Bukan ke? Ke? Kau orang tak setuju gak? Kau orang ada tauliah tak? Eheks…

p/s: Pihak berkuasa agama termasuk Pegawai Hendap pun mesti diberi ‘tauliah’ lepas ni. Ni pun kau orang tak setuju gak? Apa tauliah yang kau orang ada untuk tak bersetuju dengan aku ni haaa…?

Advertisements

18 Respons to “Kalau Tak Ada Tauliah…”

  1. JAIS…JAIS… bertauliah ke en. JAIS ni…??

    • Tau Liah… Tau… hehehehehe… Anyways, orang-orang di JAIS pun terdiri daripada para ulamak. Nak tunggu gak versi daripada JAIS. Apa isu sebenarnya. Agak janggal banget bila tangkapan dibuat sedangkan pendakwaan belum ada basis.

  2. Si JAIS tu ada PHD ker?

  3. kalu kita tangkap orang tapi takda dakwaan boleh ke kita klasfikasikan sebagai culik?

  4. DR MAZA diculik…..? ahaha

  5. ini semua petanda dunia nak kiamat nih. err… perlu tauliah ke nak cakap perkara sebegini? eheh.

    • Walaweh! Berwaspada malam ni beb! Takut nanti 30 orang serbu rumah lu!

      p/s: 5 orng baki tu sibuk kat ofis, prepare kertas pertuduhan. Belajar dari kesilapan… eheks… Tu pun kalau depa spesis reti belajar le…

  6. bukan ke tahanan ISA dituduh bagi ancaman kat negara!

    Dr MAZA takde pertuduhan masa ditahankan?

  7. tahanan tanpa bicara ISA dengan kes jais culik Dr MAZA ada beza tak?

  8. kau kata law melibatkan justice (tu maknanya keadilan ke) bukannya moral. tak gitu? so, moral dlm kes dr maza memang takde, but klu ikut undang2, seperti yg digembar gemburkan, sbb takde TAULIAH sekaligus menyalahi undang2 pentadbiran agama di NEGERI SELANGOR. err adakah JAIS adil dlm hal ini (krn mengikut undang2)?

    yg bestnya, semua kulom berita 2-3 hari ni mempersoalkan kes ini (termasuk pandangan drp PM). CUMA seorang je (yg sempat aku bacalah) yg npknya menongkah arus. mantan Yg Dipertua YADIM. kenapa ek??? hahahaha

    • Ekekeke… You missed my point la bro…

      Technically memang Dr. MAZA menyalahi undang-undang sebab dia tak diberi TAULIAH yang sebenarnya PERMIT untuk memberi ceramah agama islam di negeri Selangor.

      Tujuan PERMIT ialah untuk mengekang ajaran sesat.

      Kredibiliti Dr. MAZA ialah Ph.D dari Universiti yang diiktiraf dan MANTAN MUFTI NEGERI.

      ADIL ATAU TIDAK seorang ulamak dihalang daripada menmyampaikan ilmu agama?

      ADIL ATAU TIDAK SATU orang ulamak yang tidak bersenjata tajam atau membawa bom ditahan dengak kaedah diserbu oleh 35 orang penguat kuasa?

      ADIL ATAU TIDAK seseorang ditangkap dulu lepas tu baru cari sebab pertuduhan?

      Get my point?

      p/s: Aku tak pertikaikan pun dari segi substantial law bahawa Dr. MAZA memang menyalahi undang-undang atas sebab beri ceramah tanpa TAULIAH (a.k.a. PERMIT). Yang aku pertikaikan ialah penguatkuasaan undang-undang tu.

  9. Mak aiii.. makna tauliah tu pun aku tak berapa pasti, cemana ler aku nak dapatkan? Eheks…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: