Congkak Berasal Dari Sini Ke?

Aku rasa-rasa macam aku pernah tulis entri pasal congkak… Ada ke…? Entah… Aku pun tak ingat. Anyways, sebenarnya aku tak reti main congkak… eheks… adoi laaa… Bedebah sungguh beta ni kan? Itu hari Permaisuri beta dah ajar Putera dan Puteri beta bermain congkak menggunakan guli dan beberapa bekas coleslaw dan whipped potato KFC. Akibatnya Putera dan Puteri beta tu dah minat main congkak.

Arakian maka Permaisuri beta pun menitahkan agar beta mencari papan congkak untuk Putera dan Puteri. Pening sat kepala hotak beta ni. Kat mana nak cari papan congkak ni? Walaupun ini memang negara Malaysia, tetapi ketahuilah sekelian rakyat jelata bahawasanya lebih mudah mencari papan dam, catur, monopoli bahkan papan roulette dan poker daripada papan congkak tau! Bukan ke? Ke? Betul ke congkak tu permainan asal negara Malaysia ni? Ya ke? Apa pasal susah benar nak cari?

Anyways, aku berjaya terjumpa papan congkak di salah satu R & R kat selatan. Alahai aku pun dah lupa R & R apa laaa… R & R sebelum Ayer Keroh menghala ke utara tu le. R & R apa ek? Harganya termasuk guli RM30 hengget lebih. Dapatlah juga beta menunaikan titah perintah Permaisuri beta dan menggembirakan Putera dan Puteri beta… Alhamdulillaah…

Sekarang beta sedang pening kepala hotak pula kat mana nak cari duit extra buat tampung RM30 hengget lebih yang sudah beta bajetkan ngam-ngam je untuk tambah kredit henpon ni… adeh… adeh…

Anyways, sebenarnya kat mana di Malaysia ni yang jual banyak peralatan tradisi dan budaya kita ek? Congkak ke, alat konda-kondi ke, batu seremban ke… bla bla bla… Tak banyak demand ek? Dalam website pun tak ada tau!

18 Respons to “Congkak Berasal Dari Sini Ke?”

  1. hah! ini satu peluang perniagaan saya kira. amacam?

    • Memang tu le mesejnya. Sesiapa yang berminat silakan. Tapi kena buat viability study dulu. May be orang tak buat sebab demand tak memberangsangkan kut? Pak Menteri Budaya kena tengok-tengok sikit le benda ni kan?

  2. Eh , how come gua ade jumpa banyak version congkak (not the papan one)tapi yang made from plastik kaler-kaler?Ke Bumi Kenyalang gua masih lagi selamat dari angkara western boardgames?Kat sini, walaupun deyrang ni agak hampeh, tapi amat kagum bila family-boardgame night WAJIB datang dan main game togeder-geder.Gua amat kompetitif, DAN sekarang amatlah berminat nak tapau papan congkak dari kampong bawak ke Tanah Kanggaru, kasi gempak Family Night!

    And this time, I WILL WIN!Muahahahahahahahhaha.

    Yahuuuu….tak lame gi nak balik kampong!

  3. So kiyutlah your anak (the second gambar) ke gambar sekadar hiasan je tu?

  4. Hahaha.. malu gak ler dengar BRO tak pandai main congkak… Melastik terror kot..?
    U belajar la, pastu kita lawan, nak?

    Congkak ada yg dibuat dari plastik juga, colorful (kat Toy’rUs ada jual) tapi bising arrr. dan bunyi dia tak nostalgia ler macam kecik kecik dulu.. guna biji getah, or guli or kulit kerang dan papan kayu.. dia punya bunyi… ritma dia semacam aaarrr…

    I ada 2 papan congkak kayu kat umah, mana leh kuar.. Anak2 main sampai gaduh… heeee tak kuasa nak layan lakkk…

  5. Aparaaaa bro..x pandai main.. citttttttttttttt 😀
    Ari Sabtu n Ahad marin..wa n hubby kemas umah.. Tetiba tjumpa plak papan congkak kat one of the bilik..So, anak2 wa kuarkan lah n beria2 nak main.. Masalahnyer masa suka2 nak main tu..guli tu diorg simpan bebaik..time dah boring nak main.. guli ke mana, papan congkak tu ke mana.. Pehtu now, diorg pujuk suh beli guli plak.. beria2 nak main.. Adeh! brapa sen la plak guli tu semua ek?? hehehe

  6. klise malam jumaat akan ditukar jadi malam main congkak

  7. R&R Pagoh and Machap ada jual Bro…. Tesco pun ada jual papan congkak ni…. tapi yang ada sekarang tak berapa dalam, so takleh “tipu” main congkak…. kat Karangkraf ada jual yang agal deep ni… main congkak tak best pakai guli. Waima asalnyer congkak ni guna kulit siput yang putih tu, berlaga dengan papan congkak, sungguh merdu bunyinya…. and tu la yang boleh berhantu…. ada penunggu…….
    Dulu2, budak2 main gali lubang kat tanah and main dengan biji getah… habis hitam kuku…..

    • Haaa…! Betul betul betul! R & R Pagoh! Sekarang baru wa ingat! Memang aku beli tu kat R & R Pagoh! Ada member kata kat CM pun ada jual. Permaisuri beta punya sahabat beli kat PD.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: