“Henpon Ko Boleh Start Enjin Kereta?”

Aku dengar dalam radio pagi tadi tentang Nokia dah panggil semula hampir 14 juta pengecas atau charger baru dia orang sebab ada defect. Wow…! Berapa harga satu charger tu ek? So far aku tak pernah beli charger berasingan le. Setiap kali beli henpon Nokia biasanya charger diberi sekali, kan? Serius betul Nokia nak jaga kualiti ek? Kan? Bukan ke? Ke?

Dah berapa banyak henpon kau orang pernah gunakan so far ek? First henpon aku beli dalam tahun 1995 kalau tak silap. Micro TAC II. Kononnya nak pakai lama sebab bagi aku harganya mahal. Aku guna nombor Mobikom 018. Alih-alih Mobikom bungkus! Aiyaaarrrkkk…! Dah le henpon zaman tu tak pakai SIM card. Bukannya senang nak tukar-tukar nombor ikut suka mak bapak dia orang tau.

Aku pun beralih ke Nokia model haper entah, yang skrin besar dan yang pertama guna CLIP function tu. Nombor sudah tukar ke Celcom 019. On the way balik ke Sungai Petani suatu hari tu, aku singgah kat pit stop… eh… rest stop selepas tol Juru tu sebab nak berak. Henpon tertinggal dalam jamban. Ofkoz lesap dalam masa tiga belas mikro-saat. Bedebah sungguh aku ni kan? Kan?

Terpaksa beli henpon baru… adoi laaa… Gambir betul…! Aku kembali ke Motorola. Kali ni Star TAC. Bongok punya henpon. Asyik rosak je. Ada problem dengan kabel sambungan kat flip tu. Ni engineer graduate dari universiti mana le yang reka henpon bongok ni? Dua kali kena hantar repair. Dua kali poket aku bocor hingga menampakkan spender kalau masa tu aku pakai spender. Kalau aku tak pakai?

So? Tukar lagi… adeh…! Aku kembali ke Nokia. Tak ingat model apa tapi henpon tu ada torchlight siot! Ekekekeke… Tu pasal aku beli! Best henpon tu! Aku suka sangat! Aku boleh gubah ringtone sendiri. Aku boleh suluh apa-apa yang patut. Best! Tapi masa tu semua orang lain dah gunakan henpon yang boleh main muzik dan tengok gambar. MMS pun boleh. Aku tetap gunakan henpon comel aku tu selama bertahun-tahun! Oya…! Masa tu aku dah beralih ke DiGi 016. Masa tu dah boleh pakai SIM card.

Akhirnya aku terpaksa akur dengan kehendak setan-setan yang menggoda aku yang selalu menayang henpon dia orang yang boleh tengok gambar Chiaki Kuriyama, Aika Miura serta Maria Ozawa dalam keadaan yang menyelerakan. TEngok video pun boleh! Pundek betul… Cet! Sungguh bijak taktik jahat mereka menggoda aku! Brengsek! Maka aku pun bertukar ke Nokia apa entah yang boleh lipat-lipat tu. Bertahun gak aku pakai henpon tu sehinggalah pada suatu hari henpon tu tak dapat baca memory card aku yang antaranya mengandungi data-data anatomi Maria Ozawa dan rakan-rakan seprofesion dengannya. Adeh…! Padan muka aku! Maka terpaksalah aku tukar lagi henpon kepada Nokia 6500-slide yang aku gunakan sampai ke hari ni. Alhamdulillah masih berfungsi. Dan nombor 016 aku serta SIM card yang aku beli sejak bertahun-tahun dulu masih boleh dipakai lagi. Cuma memory card je aku tukar kepada micro-SD yang lebih besar kapasitinya buat menampung data-data anatomi Maria Ozawa, Liyana Jasmay, Lisa Surihani serta Jaclyn Victor yang lebih banyak.

Mudah-mudahan aku boleh gunakan henpon ni jauh lebih lama.

Advertisements

18 Respons to ““Henpon Ko Boleh Start Enjin Kereta?””

  1. patutlah selalu jahanam henpon lu hahaha.

  2. nape x angkut sony je

  3. nak! nanti kita gigibiru ek

    • Ekekekek… boleh! Boleh…! Tapi dalam henpon sikit je bang. Dalam external HDD aku dekat sribu. Tapi HDD tu dah crash bersama-sama dengan manuskrip novel aku! Aiyaaarrrkkk…!!! Dosa! Dosa! Adoi laaa…

  4. Khasan the lord of 3gp….hang penah hantar HD hang kasi dia tgk sambil sumbat apa2 yang patut kan? hahahaha….

  5. BRO.. begitu rajin U tukar tukar no dan hp ek.. Sepanjang idup I, cuma baru pakai 3 hp jerrrr… uishhh… dasat tu orang lelaki terhadap gadget ni ekkk..

    Hmmm I tak terasa nak simpan gambar FAZURA plak pasni? heheheeh…

  6. Ralat:

    Hmmm U tak terasa nak simpan gambar FAZURA plak pasni? heheheeh…

  7. ekeke En NA kalau cerita pasal telefon pun kelakar, saya ni sebenarnya teringin nak cerita macam En NA ni, boleh cerita macam2 pasal telefon la, pasal lesen tv la, esta bagadud la, lepas tu boleh cerita lawak2. tapi genre blog saya tak boleh la cerita2 camtu, cemana eik?

    • Jangan tukar genre tu! Genre tu dah memang sesuai dengan isinya dan sendat dengan info yang membuka mata dan minda. Lagipun lidah yang dihunus mesti mengakibatkan luka, bukan geli lalu ketawa. Teruskan perjuangan saudara! Jangan berhenti selagi belum diperlihatkan syurga! Insya-Allaah!

  8. `buat menampung data-data anatomi Maria Ozawa, Liyana Jasmay, Lisa Surihani serta Jaclyn Victor yang lebih banyak.’

    bala masa dorang jadi pelakon gadis genit pulak?

    maria `sedap mata memandang’memang la jadi A.V actress,muskil aku

  9. siyul…tak guna gua subscribe jadi mamber…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: