Sudah Potong…50%

Tertarik gak nak tahu apa yang buat Permaisuri aku taksub benar dengan drama bersiri Nur Kasih tu. Setiap petang sebelum jam 7:30 PM dia mesti make sure semua hal lain settle sebab dia nak bermeditasi depan TV… eheks…

Kata Permaisuri aku, setiap petang jam 7:30 PM tu siaran ulangan untuk golongan yang tak tahu drama tu tersiar sejak awal-awal dulu. Lorrr… Tapi setiap Jumaat jam 9:00 PM tu episod terkini. Jarak antara episod ulangan dengan episod terkini tu ada le dekat-dekat sepuluh episod, katanya. Entah.

Permaisuri aku bilang, episod ulangan petang tu siarannya dari jam 7:30 PM sampai 8:00 PM. Tapi episod terkini setiap Jumaat tu dari jam 9:00 PM sampai 10:00 PM. Huh? Macam mana episod terkini yang dah ditayangkan sebelum ni boleh jadi pendek setengah jam dalam slot ulangan?

Setengah jam… Tiga puluh minit tu… Itulah TV3 kan…? Kan…? Kan…? Dah bertahun-tahun aku tak tonton TV3 sebab tensen. Tengah dok asyik enjoy tonton iklan, tetiba siaran iklan tu diganggu sebab nak beri laluan untuk tayang filemlah, dramalah, ceritalah, warta beritalah… Tu yang sakit hati nak tonton TV3 tu.

Selamat menonton.

Advertisements

26 Respons to “Sudah Potong…50%”

  1. Skang ni bang.. bkn takat TV3… TV7, 8, 9 pun sama jek!

    • TV8 dengan 9 tu memang sedara mara sepupu-sepapat dengan dengan TV3… Maklumlah… mak sama bapak sama… Dari keturunan setan materialistik… eheks…

      TV7 ada lain sikit. Aku jarang tonton TV7 sebab 80% siarannya dalam bahasa “1Malaysia”. Filem-filem dan programnya pun 80% dalam bahasa “1Malaysia”. Aku tak faham bahasa tu. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris aku faham le sebab kat negara aku dulu… apa entah nama negara aku tu… ‘Malaysia’ kalau tak silap… aku cuma diajar dua bahasa je &mdash Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris… eheks…

  2. Aku belasah tengok semua… tapi aku rasa BRO, kau patut tengok siri ANTM tu (America’s Next Top Model)… meleleh air mataaaa.. ahahahaha..

    iklan pun suatu hiburan gak kan? kalu tidak, takkan iklan POTONG tu kena potong 90%.. tinggal kompang jerrr?

  3. aku takyah nonton nur kasih. sbb esoknya anak aku akan citer secara detail kat aku episod semalam!

    tunggu beli dvdlah. takde iklan!

  4. tv cita endon dah kena ban kat umah gua….

    jalan cerita tak bole blah…

    bodo…

  5. husih, gua pun layan nur kasih tu… tapi yang ari jumaat je lah.

  6. cerita indon? scene baru lepas solat, mintak petunjuk dari Allah..lepas tu dtg pari2 suruh selamatkan diri…hehehe…

  7. I jumpa info ini:

    Mira Mustaffa, ketua penulis skrip Nur Kasih adalah juga isteri Kabir Bhatia…

  8. gua tak boleh masok la kalu nak tengok drama dengan baca novel…

    ati tak berapa nak seronok je rasenye…

    • Aik? Hari tu lu tanya kat mana novel gua ada jual tu nak buat haper? By the way, bro, kalu lu betul nak novel gua, emel kat gua lu punya mailing address. Gua hantarkan pada lu satu. Lu betul ke mau? Mau cerita camne? 18SX? Komedi? Remaja? Misteri?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: