Yang Aku Tulis, Yang Engkau Baca

Masih ada lagi orang marah dengan “A’KUM” ek? Adoi laaa… Pernah gak membebel panjang lebar pasal ni dalam blog KháYáL lama yang dah ghaib tu. Malas nak tulis balik. Anyways, ringkas tu kekadang bagus, kan? Kekadang laaa…

Apa-apa hal pun, saja nak sentuh semula. Sentuh je… tak pegang pun… alahai… Kalau kita baca ayat “…ikan, sayur, dll…” maka bunyi baca kita macam mana ek? Gini kut? “…ikan, sayur, delllllellll…”. Tak percaya? Tanya dia orang yang marah sangat pasal ‘a’kum’.

Kalau baca ayat “…ribut taufan dsb…” maka bunyi baca dia orang “… ribut taufan dessssseb…” kan? Kan? Bukan ke? Kalau baca ayat “… mati krn mabuk di jln raya…” maka dia orang akan baca “… mati krrrrrrnnn mabuk di jellllnnnnenn raya…” Bukan juga? Kalau “…smpekn slm kat dia…” bunyi baca dia orang bukan ke “…smmmm-peik-nnn sellll-mmm kat dia…”? Bukan ek?

Setengah orang memang dilahirkan dengan kecacatan BNF. Bukan… bunyinya bukan “be-nnn-fff” laaa… BNF tu ialah ‘Brain-Not-Functioning’. Ya! Memang aku baru aja reka istilah ni! Merujuk kepada mereka yang tak tahu bezakan antara tulisan dan bacaan. Simptom penyakitnya ialah bila membaca pakai tangan dan menulis pakai mulut, dan kedua-dua perbuatan tu depa tak pernah pakai otak. Kalau penyakit ni tak wujud, maka eloklah sekarang ni diwujudkan. Tak percaya? Tanya dia orang yang marah sangat pasal a’kum tu… eheks… Sanggup tu pergi cari isitilah Yahudi tentang ‘AKUM‘. Tapi kurang tepat… adoi laaa… Tak nak try komen pasal TAHI pula? By the way, the next time kau orang nampak perkataan “dewa”, jangan sebut! Kau orang tahu tak apa maknanya tu??? Ekekekeke… eheks…

Advertisements

14 Respons to “Yang Aku Tulis, Yang Engkau Baca”

  1. Makaaaiiiii.. kang aku taip ringkas, ada lak yang baca buta buta lurus ikut sebijik sebijik lak.. parahhh.. dah la bahasa kita memang ada skit parah..

  2. kadang kala susah nak puas kan hati semua orang… tak salah kalau nak meringkaskan apa yang patut… “Yang aku tulis, Yang engkau baca” adalah tepat…

    • Tak payah puaskan hati semua orang. Hanya puaskan hati mereka yang berfikir saja. Yang tak berfikir tu, bagi je pelempang. Mudah-mudahan gear otak depa yang berkarat tu dapat gak merasa bergerak sikit… eheks…

  3. dulu aku dapat e-mail pasal perkataan akum tu…

    aku pon tak berapa paham sebok la sangat pasal perkataan tu…

    kan lagi banyak benda realiti sekeliling yang perlukan perhatian tapi perkataan tu yang disebokkan…

    contohnye kepuasan batin pasangan hidup….(ini releven)

    • Aku pun pernah dapat. beberapa kali sampai aku fedup. Maka sekali tu aku balas dengan penuh perasaan. Aku tak berapa ingat apa yang aku carutkan dalam emel balasan aku tu tapi yang aku sentuh ialah tentang istilah AKUM tu yang mengikut pandangan dia orang golongan dewa pakar tauhid dan bahasa adalah ringkasan “Avde Kokhavim U Mazzalot” yang bermaksud “hamba-hamba binatang dan orang-orang sesat.” Memang sungguhlah sesat dia orang tu. Sesat akibat silap taip jke haper ke aku pun tak sure, tapi definitely “kokhavim” bermaksud “bintang”. Stars. Bukan “binAtang”. Entah dari mana datangnya huruf “A” sesat tu. memang sungguhlah sesat.

      AKUM bagi orang Yahudi ialah golongan yang “sesat”. “Sesat” sebab tak ikut petunjuk agama Yahudi. Kalaulah demikian, maka aku berbangga menjadi seorang AKUM… eheks…

  4. hehehe….tu yang peliknya…org yang baca “a’kum” akan jwb jgk “Wsalam”…kan? ke tak jawab?kalau kita tanya tempat tinggal, contoh kat shah alam, soklan akan berbunyi “seks brapa?” mean “seksyen brapa?”, bukan seks brapa kali? lelebih lagi kepada gadis2 bujang….hehehe…

  5. Samada nak taip ringkas, atau rajin nak spell out penuh, bergantung niat gak. Kalu bagi salam macam nak perli jer.. tak guna gak..

    Bak kata P. Ramlee, bahasa menunjukkan bangsa tau. Dia tu tadi sampai meludah. > dialog filem, bukan my dialog…

    **aku tension bila sms terlalu ringkas sampai rasa nak baling hp…!

    • Henpon jenis apa yang digunakan sekarang ni? Canggih tak? Kalau canggih, the next time kita berpeluang ketemu, biar beta hantar SMS ringkas sambil bersedia nak sambut henpon… ekekekeke…

  6. aku x suka sms yang xde koma, noktah…huhuhu….

  7. hang selalu dapat MMS dengan 3gp kan?kan?kan???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: