Arkib untuk Disember, 2009

Tahun Harga Baru

Posted in Bencana, Ekonomi, Gomen on 31 Disember 2009 by Najwa Aiman

Sudah kubilang… DSN naik jadi PM, bersedialah berbelanja lebih. Jimat-jimatlah duit yang ada mulai sekarang. Kesukaran paling dahsyat is yet to come. Selamat Tahun Baru ya semua… eheks…

Gula naik 20 sen mulai esok

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak…(baca habis)

Oya… satu lagi… Jangan lupa masuk internet ke laman LHDN untuk e-cukai tau… Dah bayar bil internet? Eheks…

“PJ” Yang Masyhur Juga

Posted in Nostalgia, Quips on 31 Disember 2009 by Najwa Aiman

Teringat satu joke yang dibuat dek golongan muda zaman tu (yang definitely sekarang dah jadi golongan “old” kalau pun bukan golongan “dah gol”). Aku masih belum baligh lagi masa tu. Joke berkaitan PJ. Bukan Paya Jaras, bukan Putrajaya, bukan Padang Jawa. Petaling Jaya. Bandar yang dianggap berprestij dan glamour suatu ketika dulu.

Zaman tu, sesiapa yang bila ditanya tinggal di mana dan menjawab “PJ”, maka balasannya ialah “Pudu Jail ke?” Dan orang yang membalas tu akan ketawa berdekah-dekah, disambut oleh kengkawan yang lain… Hahahahaha… (supposed to be a joke la masa tu… gelak laaa…) Hahahaha…!

Oya… Pudu Jail pun dah tak beroperasi sekarang ni. Pernah jadi pusat pelancongan sekejap. Nak buat macam Alcatraz kut? Kau orang yang baru nak baligh mesti tak tau bahawa Pudu Jail tu dulu ialah penjara tersohor kat negara ni, kan? Dah ramai selebriti jenayah pernah duduk kat situ. Antaranya Botak Chin, dan dihukum gantung sampai mati kat situ. Selebriti politik pun ada seperti Datuk Mokhtar Hashim. Kalau suatu hari nanti kau orang melintas kat depan Pudu Jail tu dan datuk kau orang kata sambil menitiskan air mata “Ni tempat atok dulu, cu…” maka ketahuilah bahawa kemungkinan besar dia tak maksudkan yang dia pernah kerja kat situ. Dan dia mungkin, zaman tu, salah sorang selebriti jenayah yang dah menyempurnakan waktunya. Tak pun dia salah sorang yang berjaya bolos dan gagal dikesan hingga kini!

Benda Baru Yang Lama

Posted in Nostalgia, Quips on 31 Disember 2009 by Najwa Aiman

Di PJ ada dua daerah sebelah menyebelah yang boleh dikatakan tersohor gak la — PJ Old Town dan PJ New Town (yang juga masyhur dengan nama  PJ State). Dalam kereta semasa mengular kat area PJ tadi, rakan ofis tanya; “Apa nama PJ Old Town dulu?”

Ya tak ya gak… Masa bandar PJ Old Town baru dibuka dulu, takkan tetiba je orang terus beri nama PJ Old Town kan? Kan? Kan? Ekekekeke… Anyways, yang nyata PJ Old Town memang bukan nama asal yang diberi kat bandar lama tu. It’s not even an official name. Nama asalnya mungkin Petaling Jaya. Tak lama lepas tu Petaling Jaya tu membangun dan expand menjadi PJ New Town. Sebelah menyebelah dipisahkan oleh Jalan Templer. Maka sebelah PJ yang yang wujud dulu dapat le gelaran “Old”. Barangkalilah…

Siapa Protect Antivirus?

Posted in Bencana, Teknologi on 31 Disember 2009 by Najwa Aiman

Kalau nak protect komputer daripada serangan virus, maka pasanglah antivirus. Antivirus akan melindungi komputer anda daripada serangan virus.

But then again, menatang haper pula yang akan melindungi antivirus tu sendiri ek? Aku diberitahu ada beberapa company sekarang sedang hadapi masalah berat akibat serangan virus baru bernama… apa entah… alaaa… lupa le pulok… Bunyi macam Sathiya ke Salaty gitu… Satu lagi virus yang muncul sebelum tu bernama Kavitha (yang ni aku ingat sebab aku bayangkan Kavitha Kaur… perghhh…!). Sorang sahabat IT kata virus ni menyerang antivirus dalam komputer, especially dalam network. Simptomnya ialah bila log on komputer, antivirus yang biasanya akan run, tetiba tak run langsung. Buat cara manual pun tak run juga. Alamatnya memang dah kena attack dengan Kavitha atau… errr… Sathiya ke Salaty ke haper entah…

Maknanya lepas ni satu dunia kena berbelanja jutaan ringgit lagi untuk beli antivirus for antivirus pula la? Ya ke? So, beware!

Yang Meriah Di Hujung Tahun… Biasanya…

Posted in Bencana, Bodoh, Sosial on 30 Disember 2009 by Najwa Aiman


Benda-benda pejabat—

  • kalendar dinding/meja
  • diary/organiser

Minuman—

  • beer
  • shandy
  • wine
  • champagne
  • sperma lelaki yang bukan suami dia

Makanan—

  • perempuan yang bukan bini dia

Lokasi—

  • Bukit Bintang
  • Dataran Merdeka dan mana-mana je tempat lain yang ada dataran
  • hotel
  • bilik tidur rumah yang bukan laki atau bini dia punya

Makhluk—

  • manusia
  • setan

Suasana—

  • mabuk
  • stim
  • khayal

Kalau Ada Bas, Mesti Ada Jalan Raya

Posted in Bencana, Semasa, Undang-undang on 30 Disember 2009 by Najwa Aiman

Pemandu bas Sani Ekspress tu dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan reckless driving berasaskan pengakuan pemandu tu semasa siasatan polis bahawa dia mengantuk dan terlelap masa memandu. Mahkamah bersidang cepat sebab hakim kata ni isu public interest. Kalau sabit, pemandu tu boleh kena penjara dan denda. Biar proses perbicaraan berlangsung lancar demi mencari keadilan. Tak usah dok ganggu dengan spekulasi dan komen bukan-bukan tau. Kena fikirkan juga perasaan waris dan keluarga sepuluh orang yang terkorban tu, dan juga keluarga pemandu bas tu sendiri.

Keputusan Siasatan Dalaman Sani Ekspress pun biarlah jadi Pemberitahuan Luaran. Mahkamah dah kata ni isu public interest kan? Semua orang mesti tahu. Kalau ni isu pubic interest maka sendiri-sendiri tahu cukup le.

What about guardrail lebuh raya tu? Laporan beberapa akhbar nampak konsisten — sebahagian guardrail kiri tu tertanggal dan terperosok secara menikam ke dinding bas. Tu yang buat ramai penumpang terbunuh dan cedera parah. Memang standard ke guardrail boleh tertanggal macam tu? Berapa kapasiti beban yang guardrail highway boleh tanggung ek? Bas dua tingkat dengan kelajuan 91 Kmj tu melebihi kapasiti tanggungan beban tak? Kalau beban kereta sedan dengan kelajuan 110 Kmj? Kalau bas ekspres setingkat dengan kelajuan setan pelesit 130 Kmj?

MA – 1, NGK – 1

Posted in Nostalgia, Santap on 30 Disember 2009 by Najwa Aiman

First time nampak sistem ni sama-sama dengan member asrama. Dah lama dah. Masa ambil order kat warung, pelayan tu tulis order kita orang atas kotak karton rokok yang dah dikerat kecil-kecil. Bila kita orang order teh tarik, dia pun tulis “TT”. Teh-O = “TO”. Nasi goreng = “NG”. Ooo… impressive gak ek…? Eheks… Maknanya kalau kita orang order teh ais, mungkin dia tulis “TA” kan? Kalau mi goreng, barangkali “MG”.

Apa le agaknya yang akan dia orang tulis kalau menu yang kita orang order tu ialah teh-O ais limau, atau nasi ayam, atau neslo ais, Nescafe ais, teh ais, teh-O suam, Milo ais… bla bla bla…? Kat SPA “camouflage” guna kod macam ni gak ke? C21, M25, I19, V17… bla bla bla…