Mari Kita ‘MeLombok’

Seram gak bila aku baca laporan Harian Metro tentang jantan Lombok bawa lari anak dara kita. Kau orang ada baca?

Cinta Lombok tak pelik

KUALA LUMPUR: “Ia hanyalah urusan peribadi,” kata Duta Besar Republik Indonesia, Bapak Da’l Bachtiar mengenai kes pemuda Lombok melarikan gadis Malaysia yang seringkali dilaporkan akhbar negara ini…

…Mengulas mengenai perkara itu, beliau berkata, baginya adat melarikan gadis pilihan untuk dijadikan isteri yang diamalkan masyarakat Lombok sudah sebati dengan mereka sebagai mana adat lain yang diamalkan budaya lain…

Hmmm… begitu rupa-rupanya… Tapi memang betullah tu kan? Budaya dunia ni memang berbeza kan? Orang Melayu pantang betul kalau orang lain pegang kepala dia, kecuali yang pegang tu ialah bini dia sendiri… atau tukang gunting rambut… atau GRO… eheks… Kurang ajar katanya. Tapi bagi orang Arab, pegang kepala tu tanda hormat pula.

Kalau lelaki Lombok jatuh cinta pada kereta Mercedez Bapak Da’l Bachtiar, atau pada Kristiani Herrawati, bolehlah dilombokkan aja Mercedez Bapak Da’l Bachtiar tu, atau bini Presiden Indonesia tu kan? Kan? Tak apalah dah budayanya gitu kan? Bukan ke?

Patutlah kekasih aku yang cute banget Acha Septriasa tu pilih nak belajar kat Lim Kok Wing dan bukan kat Lombok ek…? Nasib baik aku ni bersopan santun, ayu lagi berbudi bahasa. Kalau tak memang dah lama aku lombokkan Acha Septriasa tau… Apa pasal tak boleh? Aku cinta sama dia, dan dia pun cinta sama aku haper…

Advertisements

6 Respons to “Mari Kita ‘MeLombok’”

  1. Dah naik muak dah pasal kisah Lombokian ni ngorat gadiis tempatan..siap bangga sebab ada budaya mereka yg kata, handal ler kalu dapat kahwin orang luar bawak balik ke Lombok..siap ada jampi lagi..heeeeee

  2. bubur lambuk boleh didapati percuma di masjid kg. baru sepanjang bulan ramadhan.

    eh? tak sama ek?

  3. mintak dijauhkan la sedara mara gua n rakyat malaysia dilarikan oleh lombokian…

    by da way rakyat malaysia 1st yang berjaya pulang dari lombok tu akak dia dok taman aku.masa dia amek adik dia yang ikot jantan lombok kat airpot akak tu tetiba je tangan bengkak,bawak la pegi berubat….

    so shaman tu kata lombokian ni terrer pasal black magic je (tak jantan la macam tu) tang ayat manis tu gua lagi terrer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: