Bukan Pasal Tauliah

Apa saja yang Tuhan turunkan dan jadikan dalam dunia ni tak sia-sia, kan? Kan? Bebaru ni isu tentang TG mendoakan mala petaka ke atas pemimpin negara atas sebab isu royalti minyak. Sorang sahabat ada bertanya hari tu “Kau tak nak ikut sama aminkan doa TG ke?”

Sorang sahabat yang lain pula kata “Dah nyanyuk dah orang tua tu! Mana boleh doakan malang sesama Muslim!”

Tak boleh ek? Habis tu hadis Rasulullah SAW yang ni salah ek?

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguhnya antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab.” ~ Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Dalam dunia penulisan, memang ada penerbit yang gagal bayar royalti kepada penulis bertahun-tahun sampai penulis dan tanggungannya tak makan. Dari mengemis royalti boleh bangkit jadi pemberontak terhadap penerbit. Ada gak yang minta naishat daripada aku… adoi laaa… Part ni yang rasa takut sangat ni. Kenapa minta nasihat aku ni walaupun aku juga antara penulis yang masih lagi belum dapat royalti daripada penerbit tu?

“Kalau penerbit tu terlungkup, lebih ramai yang tak dapat makan,” balas aku. “Dan akan berkurang satu lagi penerbit Muslim. Bukan dia tak nak bayar, tapi sekarang ni penerbit tu tengah sesak duit sesangat. Kita bagi peluang kat dia recover. Sementara waktu ni, hantar mansukrip ke penerbit lain yang rekodnya menunjukkan depa mampu bayar royalti on time.”

Ni memang kisah benar. Penerbit tu memang Muslim. Dan memang sekarang syarikat tu tengah sesak akibat kejatuhan ekonomi sebelum ni. Dan memang benar ada penulis yang punca rezekinya semata-mata duit royalti masih belum dapat bayaran melebihi tiga tahun. Nak makan haper macam tu?

Tapi nasib penulis jauh lebih baik sebab masih boleh menghantar manuskrip ke penerbit lain untuk dapatkan royalti. Tapi penerbit pula, terutamanya yang sumber pendapatan syarikatnya hanya dari terbitan buku, boleh terbenam kalau tak ada jualan. Depa nak korek duit dari mana lagi untuk beri makan pekerja-pekerjanya dan keluarga pekerja-pekerja tu yang sumber pendapatan bergantung semata-mata kepada gaji yang syarikat tu bayar? Dan majoriti pekerja-pekerja tu pula Muslim juga. Kalau syarikat tu lingkup… adoi laaa…

Bukan tak boleh nak ambil tindakan undang-undang. Memang boleh sesangat sebagaimana JAIS ambil tindakan undang-undang ke atas Dr. MAZA. Bukan ke? Ke? Tapi…?

Advertisements

2 Respons to “Bukan Pasal Tauliah”

  1. Penerbit tak mampu bayar royalti? hmmm aku tangguh dulu ler nak print skrip novel tuh.. hahahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: