Hassan Al-Banna Tak Dapat Tauliah JAIS

Dr. MAZA kata dia nak berdakwah di pusat hiburan. Pertama kali baca laporan tu, aku teringat kepada Asy-Syahid Hassan al-Banna yang keluar masuk disko dan pusat hiburan di negara beliau dulu lalu berdakwah terang-terangan kepada pengunjung di sana. Pertama kali membaca tentang usaha dakwah syuhada Hassan al-Banna ni semasa aku baru nak baligh dulu, lutut aku lemah dan seluruh badan aku menggeletar. Respek habis pada dia. Bahkan anggota usrah termasuk ustaz pun saling beri semangat agar masing-masing diberikan Allah kekuatan dan rahmatNya sebagaimana yang telah dikurniakanNya kepada insan syuhada Hassan al-Banna tu. Dulu laaa… dulu… Tapi walaupun lama dulu, aku masih percaya kepada syuhada ini. Tak mungkin Allah ambil nyawanya pada taraf seorang yang tak perlu dihisab untuk ke syurgaNya.

Lepas tu terbaca laporan Sinar Harian ni pula—

Mufti Selangor tidak sokong hasrat Asri

SHAH ALAM – Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menyifatkan hasrat bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abdidin berdakwah di pusat hiburan tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah…

…”Pendekatan itu macam tidak betul…apa yang saya nampak aktiviti di pusat-pusat hiburan itu akan mencemarkan imej dan pandangan masyarakat terhadap pendakwah…”

Laporan tu juga memetik kata-kata Mufti Selangor — “Bagi saya, untuk menyampaikan dakwah tidak semestinya perlu turun padang dan cemarkan diri sendiri,” katanya.

Rupa-rupanya kepercayaan aku terhadap Asy-Syahid Hassan al-Banna selama ni terpesong. Hassan al-Banna tu menyalahi adab dan tata susila dakwah rupa-rupanya. Siapalah sangat Hassan al-Banna tu nak dibandingkan dengan Mohd Tamyes. Hassan al-Banna sekadar dikurniakan darjat “Asy-Syahid” dan oleh orang kebanyakan yang marhain pula tu, nak dibandingkan dengan darjat “Datuk Seri” yang dikurniakan oleh golongan yang duduk dalam istana… Lagipun memang kompem rasa-rasanya Hassan al-Banna tu tak pernah dapat tauliah daripada JAIS kan? Kan? Barangkali kalau dia masih hidup sekarang dan isi borang permohonan tauliah dari JAIS, mesti gagal punya disebabkan sesat dan terpesongnya approach dakwah dia tu… kesian…

Advertisements

14 Respons to “Hassan Al-Banna Tak Dapat Tauliah JAIS”

  1. apa mungkin perlu siasat ajaran sesat tamyes?

  2. siapa pula yang mentauliahkan JAIS?
    mungkinkah ahmad jais?

  3. Tauliah tu lama-lama isok senang jer bleh beli kat black market… wuaaaa!

  4. Datuk Seri Mohd Tamyes mungkin tidak perlu masuk keluar disko atau pub di Selangor jika beliau yg diamanahkan untuk menerajui bidang agama di Selangor bersama2 parti Pakatan Rakyat dapat menutup semua tempat-tempat maksiat di negeri itu.

    Beliau perlu faham sindiran Dr Asri bahawa Selangor memang banyak tempat2 maksiat. Mufti Selangor dok buat apa??? JAIS dok buat apa??? Duduk atas kerusi empuk sajakah?

  5. Kene belajar dengan tuk guru ayah pin dapat kawin ramai.

  6. Assalamuyalaikum, hehe, nak tegur sedare sikit pasal hassan al-banna tu, sedare xleh nk kata approach dakwah beliau tu sesat, cara dakwah banyak, bersesuaian dengan keadaan, usaha hasan al-banna telah menyedarkn ramai manusia tentang Islam di bumi mesir satu masa dahulu, bahkn ia telah tersebar ke seluruh dunia, dan nk dakwah ni x semestinya perlu ada tauliah JAIS dulu, baru bleh dakwah, sapa2 jer boleh dakwah asalkn ilmu yg disampaikan itu betul2 sahih dan jelas kebenarannya. Masyrakat yg wt maksiat besar2 ni, kalo xde orang nk dekati diorang, sapa lagi? Opps, panjang lebarlah pulak, dh lari tajuk ni, cuma nk tegur pasal komen kita kt ulamak la, x bleh kita nk sewenang2nya kata diorang sesat, ataupun kata diorang ni betul sebelum betul2 ada bukti yg sahih, x kira lah sapa ulamak tu, so tu je lah nk tegur ye, peringatan ni juga untuk diriku ~Wassalam~

  7. kiasan .. sesetengah org x phm ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: