Ilham Novel? Mesti Punyeee…

Laporan Harian Metro semalam. Idea untuk novel ke? Atau hikayat Si Tanggang versi alternatif? Yang nyata, dari perspektif fiksyen, tak ada nilai originality, kan? Dan yang pasti… adoi laaa… Moga ibunya sempat mengampuni… mudah-mudahan…

Buang ibu demi maruah
Oleh Hayati Ibrahim

PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah kebajikan.

Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung dan membesarkannya itu pernah menjadi ‘kupu-kupu malam’ bagi menyara tiga anak selepas ditinggalkan suami.

Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat, kedudukan dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada 2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian.

Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami beberapa tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak ubah seperti sampah sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur…

Advertisements

4 Respons to “Ilham Novel? Mesti Punyeee…”

  1. Laknat lah hidup anak tu nantii…

  2. hmm..rasa macam cerita ‘dia ibuku’ pulak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: