Diskriminasi Mak Andam

Disember lagi. Sekolah cuti. Kenduri kahwin merata-rata. Para pengantin saling berkenduri dan dikendurikan. Dan yang paling penting, setiap weekend bulan Disember ni beta dan Permaisuri dah tak perlu masak kat rumah. Kenyang kenduri… Yabba dabba dooo…! Burrrppp…! Alhamdulillaah…

Tapi sejak dulu sampai sekarang para mak andam masih mengamalkan diskriminasi. Kat mana-mana pun. Dari Padang Besar sampai le ke Pasir Gudang. Sowi ek beta tak pernah attend kenduri di Sabah dan Sarawak, so tak tau camne mak andam kat sana. Tapi kat Semenanjung ni, kalau mak andam mekapkan pengantin lelaki, kawan lama zaman sekolah rendah yang berpuluh tahun tak jumpa pun masih boleh kenal dia kat atas pelamin tu. Tapi kalau mak andam mekap pengantin perempuan, mak bapak dia sendiri pun boleh tak kenal dia semasa menepung tawar tau! Cet! Apa pasal orang perempuan mesti dimekap sebegitu rupa sampai pengantin lelaki rasa dia menikah dengan orang lain?

Huh? Rasa macam menikah dengan orang lain…? Hmmm… Hmmm… Barangkalilah… Hmmm… “Agaknya di negeri China sekarang ni musim sejuk Cik Salmah ya…?”

Advertisements

8 Respons to “Diskriminasi Mak Andam”

  1. Mestilah weeyyy.. masa depa kursus dulu memang kena mekap sampai orang tak kenal..depa panggey makeover…hahaha..

    98% pengantin pompuan memang tidak akan dikenali lagi bila serah muka tadah pipi kat depa nih…

    *Mujur masa menikah dulu I mekap sendiri (sebab I dah lawa dahhh..) hahaa jangan tak percaya..

  2. kalau hang p wedding marzia, lagi la…muka lain bangat..huhuhu…sib baik la xde yang nak buat style opera cina…

  3. pengapit pakai mcm reaper lak…memang kena banned laa…

  4. Bila difikirkan semula, gua malu lah pulak over-over mekap time kawen dulu.Ni pun pengaruh rakan sebaya…sebab konon bila ambik gambar kasi cantik cam model.Bila ambik ngan kamera henpon yang 2 megapixel tu, amboi, sebijik cam pelakon opera cina time pesta hungry ghost yang diraikan oleh kaum cina.Plus, disebabkan oleh napsu gua nak konon-konon jadi pengantin ngetop, memang mak andam kasi baikkkkkk punya kikis segala bulu kat muka …atas alasan supaya mekap nampak ‘smooth’ and ‘natural’.Kepalahotak natural.Ade sebab Tuhan kasi bulu kat muka tau.After kawen, memang sah kulit muka gua alerjik ngan mekap yang mak andam tu gune…oh penyesalan yang tidak berguna.

    Suami gua senyum jer bila gua komplen.’Padan muka’, is his exact words.Sapelah ajar laki aku that phrase?!Aiyaaaaa.

    • Aku suka bulu! Serius aku suka! Awek yang ada bulu roma halus kat lengan… dan bulu roma halus (bulu roma halus! Bukan misai tau!) antara bibir atas dan hidung tu… perghhh…!!! Aku suke! Aku suke!

      Dan aku paling tak suka awek yang cukur bulu betis dan bulu lengan… pe ke jadahnye?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: