Yang Cepat Atau Yang Lambat?

KPI azam tahun ni dah buat? Berapa score? Tak score? Score excellent? Score goal? Malaysia menang?

Tinggal dua hari je lagi, dan lepas tu tahun baru. Umur aku next year 42 tahun… eheks… Oya… ikut kiraan alternatif pula umur aku tak sampai 41 tahun pun lagi. Kiraan mana yang lebih baik ek? Kiraan yang lebih cepat usia meningkat atau yang lebih lambat?

Ya… kiraan pertama tu Hijrah. Apa, ingat aku cakap pasal Gong Xi Fa Cai ke?

Advertisements

16 Respons to “Yang Cepat Atau Yang Lambat?”

  1. lagi berapa hari nak tahun baru nih…

    aku masih tercari cari buku doa….

  2. Salam… Selamat menyambut Maaf Hijrah dengan semangat baru…

    *dok gelut nak prepare barang sekolah… ntah aper lah lagi kerenah cikgu di skolah tu.. Kata jer tak kena yuran, itu free ini free… tipu jerr.. tak sampai 2 bulan, macam2 dimintaknyerrrr…

  3. bukan soal bilangan umur yang baik atau tidak. yang lebih penting ialah the wisdom and maturity that increases WITH the age. parallel? advance? or no growth at all? hahaha.
    amacam? ok tak hujah gua?

    • Bos gua dulu pernah kata something like this (dalam konteks berkaitan pengalaman kerja) — “Twenty (20 years experience) times zero, is still zero, man.” Relevan tak? Ekekekeke…

      Yup! Wa suka sangat hujah lu!

  4. Yang dimansuhkan tu ialah yuran pelajaran i.e. yang bagi kat tabung kementerian. Tapi byk lagi kos2 yang sekolah incur yang perlukan fund. Mana nak cari fund tu? Peruntukan gomen under PIBG ratenyer cuma 8.00 per student. Kalau sekolah tu ada 2000 pelajar, dapatlah RM16,000 tapi kalau mcm my son’s cuma ada 108 murid satu sekolah, tak sampai RM1k pun. Dpt buat apa duit ciput tu? Mak bapak nak sekolah sediakan macam2, aktiviti macam2, tapi taknak sumbangkan apa2 pun. Semua nak free.
    Yuran PIBG kalau sekolah yg 2000 murid tadi, kalau RM20 sekeluarga, kurang2 dapat RM20k. Kalau sekolah yg 100 murid? Habis byk pun dapat la collect RM1k. Perlu juga diingat kat sekolah2 besar, tak semua murid dapat “merasa” setiap ringgit yg gomen bagi tu…. So, takkan la nak free aje….. consider la sket.
    Patutnya harga uniform tu yang kene kurang, harga kasut kene kurang. NI tidak, kita sanggup bagi anak2 pakai kasut sekolah sampai RM100 sepasang tapi bab yuran banyak mengelak….

    • Amik dari royalti Kelantan laaa… eheks…

      Anyways, education must be free. Memang betul ada banyak kos lain yang incur. Memang betul mak bapak tak malu minta macam-macam tapi malu nak hulur duit. Tapi education ialah sesuatu yang perlu untuk pembangunan sahsiah diri dan negara. Dah cukuplah segala benda dikapitaliskan sampai ke sen yang terakhir. Biarlah pelajaran anak-anak kita ni ditanggung oleh duit pembayar cukai.

      Dan uniform… mansuhkan pun tak apa.

  5. Naj: Aku baru jer masuk 39, kau dah nak tinggalkan aku….

  6. orang ramai lupa nak sambut Maal Hijrah… yang diigat selalu new year masihi saja pasal masa tu lah peluang nak usha aweks kat KLCC, BB dan mana2 lagi la. Yang paling best, kalau bernasib baik boleh join foam party! Haha…
    Semoga kita sentiasa diingatkan dengan kebaikkan. Selamat menyambut Maal Hijrah yang ke…. berapa ek? Tolong ingatkan aku!

    • Ekekekeke… Jumaat ni kita sambut Tahun Baru Hijrah 1431 beb! Hari pertama tahun baru pada Penghulu Segala Hari! Perghhh…!!! Memang baik sangat untuk start hidup baru… insyaAllah!

  7. Naj, education memang free tapi kalau nak buat aktiviti2 lain macam kursus motivasi, extra tuition for UPSR, panggil guru/penceramah luar (even kalau guna guru sendiri, kena incur cost photostat etc), buat aktiviti perkhemahan… nak cantikkan sekolah, nak bubuh aircond kat kelas, nak buat aktiviti minggu panitia matapelajaran yang kena lah bagi hadiah kat pemenang2, nak anjurkan temasya sukan, nak hantar budak2 pergi kem motivasi, bina insan, nak repair jamban sekolah (sebab kalau tunggu ministry memang 3 tahun la budak2 tu takleh berak)… tu semua not under “education” per se and perlukan extra fund…. kena bagi makan la budak2, kena fikir transportation costs, mcm2 nak kena bayar….. siapa nak tanggung? Parents nak anak2 diorang diberi exposure benda2 ni….. kalau takde duit, sekolah tu memang takde aktiviti except belajar dalam kelas, main sports yang basic2 dan buat aktiviti ko-kurikulum yang bodo2…. tapi mak bapak komplen….

    • Yang extra-curriculum tu wa setuju mak bapak sponsor sebahagiannya (bukan semua) because I believe it is part of “education”. Minister sendiri pun kata education is not just dalam classroom.

      Tapi part facility sekolah macam repair jamban tu, it is the ministry yang kena buckle up dan bertanggungjawab. Kalau selama ni depa amik masa 3 tahun, hopefully PEMANDU thru their KPI dan KRA yang kepoh-kepoh selama ni boleh reduce kepada 3 hari. InsyaAllah…

  8. Assalamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Wahai Saudaraku di seluruh penjuru dunia maya,

    Akhirnya tahun baru telah tiba…

    Tahun penentuan, apakah kita akan tetap jatuh terpuruk semakin jauh ke dalam kubangan kehinaan,

    Ataukah kita akan bangkit berhijrah menuju ke arah datangnya cahaya kemenangan di depan.

    Baca selengkapnya di

    http://dir88gun0w.blogspot.com/2009/12/happy-new-year.html

    —————————————————–

    INDONESIA GO KHILAFAH 2010

    “Begin the Revolution with Basmallah”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: