Dia Orang Nak Belajar Tau

Makin kerap pula sekarang ni ek? Makin banyak tau. Pagi tadi je ada dua. Student driver laaa… Orang yang belajar memandu di jalan raya. Kereta Kancil. Ada “L” warna merah putih macam warna UMNO tu. Kekadang warna merah biru pun ada. Susah sikit le nak nampak “L” tu sebab tenggelam dalam macam-macam tulisan dan warna-warni lain kat kereta tu yang menunjukkan nama sekolah memandu, alamat, nombor telefon, website, emel, nama syarikat yang sponsor iklan… bla bla bla…

Orang kata elok le student driver tu diajar memandu di jalan raya masa peak hours. Biar dia orang cekap sikit. Ya ke? Entah le… Tapi personally aku tak berapa setuju sebenarnya. Mengganggu lalu lintas. Peak hours ni juga dipanggil “rush hours”. Ada sebab kenapa dipanggil gitu, kan? Orang nak cepat pergi kerja. Pagi tadi aja kat depan Crystal Crown yang ada jalan syurga ke neraka kat tingkat lima tu berderet-deret kereta dan bas. Jem sekejap. Rupa-rupanya sebab kat depan tu ada Kancil student driver sedang bergerak dengan kelajuan di bawah 20Kmj. Patut laaa…

Elok le belajar memandu di jalan raya di luar peak hours. Tak pasal-pasal je kenyang maki hamun dan carut tau… Kan? Kan? Bukan ke?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: