“Kalau Tak Nampak Bererti Anak Luar Nikah, Tuanku!”

Laporan tentang undang-undang sihir tu aku dah jumpa dalam Berita Harian

Gubal undang-undang hukum pengamal sihir
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail

SHAH ALAM: Penggunaan ilmu hitam, termasuk bagi menundukkan suami atau isteri serta dalam aktiviti jenayah mendapat perhatian pakar agama yang menyarankan supaya undang-undang sihir diwujudkan untuk mencegah amalan itu berleluasa.

Saranan itu dikemukakan pada Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis anjuran Jabatan Mufti Selangor di sini, semalam.

Pada sidang media selepas merasmikan muzakarah itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata undang-undang berkenaan boleh dimasukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam dan bagi bukan Islam pula perlu diwujudkan akta baru…

Mufti Selangor juga kata “Ilmu sihir sukar dibuktikan di mahkamah kerana amalan ini abstrak dan tidak boleh dibuktikan oleh pancaindera. Sehubungan itu, pengamal undang-undang dan pihak berkuasa perlu memikirkan bentuk undang-undang yang sesuai untuk mendakwa pengamal ini di mahkamah.”

Boleh ambil bomoh dan pawang jadi pendakwaraya tak? Boleh bawa masuk mangkuk berisi air sebagai alat pendakwaan. Baca-baca sikit… hembus, tiup, sembur, ludah. Lepas tu…

“Haaa… nampak tak? Nampak tak dalam air tu? Tu dia bukti menunjukkan si tertuduh mengamalkan ilmu sihir! Nampak tak?”

Semua orang tercangak-cangak nak tengok air dalam mangkuk tu. Berkerut-kerut muka.

“Siapa tak nampak,” sambung pendakwaraya, “dia anak luar nikah…”

“Nampaaakkk…! Bersalah! Bersalah! Bersalah…!!!”

Ketuk! Ketuk! Ketuk!

Advertisements

14 Respons to ““Kalau Tak Nampak Bererti Anak Luar Nikah, Tuanku!””

  1. Seingat aku ler… aku tak pernah lagi berdepan 4 mata dengan bomoh or pawang or whatever nama lahh..

    aku tak pernah lagi lihat depan mata cara pengamalan depa tu, jauh sekali nak jadi customer depa..

    Bukan tak caya sepenuhnya, tapi belum ada sorang pun yang dapat meyakinkan aku tentang kebagusan bomoh itu atau kehandalan mana-mana pawang pun… So aku anggap takda yang bagus dan lum ada yg handal…

    bleh gitu?

  2. aku pernah dengar pasal batu jahanam. n.a, kau mesti suka

    • Batu jahanam tu batu apa? Enam Jahanam dengan Batu Belah Batu Bertangkup tu aku tau le. Oh ya… satu lagi batu yang aku tau ialah batu karang. Batu yang aku eknal pula ialah sahabat sehidup semati aku Batusungai… eheks…

  3. Trend berubat zaman sekarang pakai letrik.Anak sepupu gua kene ruam yang amat dasyat sampai budak tu tak bley tidor, nak senyum pun tak buleh, amatlah kesian.So, dengar berita, once a week makbapak dia bawak pegi jumpa tah apek mane tah, suruh ‘zapppp'(letrik) untuk ‘clean the blood’.

    What happen to good old fashion blood test, food adjustment and jampi-jampa? HA HA HA.

    • New disease calls for new kinds of treatment kut? Eheks… Anyways… I once wished that our nenek moyang dulu were like teh Chinese — keep and maintain records of everything, including medicine and treatment.

  4. so sape sape nak jumpa wk mail bomoh feymes kampung gua yang ari tu kuar metro,siap gua tunjukkan rumah lagi!

  5. Aku tak tau berkesan ke tidak BRO… Abang I tu dah meninggal dah pun…

  6. so far takda berita lagi nanti gua chek dia dah buka bisnes balik ke dak…

    wak mail the heart of steel…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: