Prasarana Asas

Yang dikatakan “basic infrastucture” atau “prasarana asas” tu haper ek? Air dan elektrik? Jalan raya? Rumah? Telekomunikasi? Entah… mana le aku tau. Tapi ikut logik pandangan aku yang rabun jauh ni, dalam zaman global ni, rasa-rasanya prasarana asas sepatutnya ialah rumah, jalan raya, air, elektrik dan telekomunikasi. Maka kalau nak buka petempatan dan habitat baru untuk manusia, mesti ada rumah (dah semestinya laaa… kan? Kan?), jalan raya (yang menghubungkan kawasan tu dengan tamadun manusia), air (saluran paip air dari sumber air utama ke setiap unit rumah dalam kawasan tu), elektrik (tiang dan saluran kabel untuk bekalan elektrik), telekomunikasi (tiang dan saluran kabel atau stesen pemancar dan penerima gelombang satelit untuk tujuan talian telefon dan internet). Ada apa-apa yang aku tertinggal?

Selain daripada tu – mungkin tak dianggap “prasarana asas” tetapi sepatutnya masih tetap dianggap sebagai “kepentingan awam” ialah balai polis dan bomba, klinik dan hospital, serta sekolah semua peringkat. Ada lagi tak? Atau ada antara senarai aku tu yang tak sepatutnya masuk list? SPA, disko, karaoke dan pub dianggap “kepentingan persendirian” ek…

Anyways… okey tak kalau KPI pemerintah meliputi semua aspek di atas tu? But then again… semua benda di atas tu kalau nak menggunakannya mesti ada duit ek? Yang tak ada duit bolayan ek?

Advertisements

12 Respons to “Prasarana Asas”

  1. prasarana asas. makin dunia maju, makin bertambah senarai prasarana yang dikategorikan sebagai asas.

    saya sungguh risau jika malaysia kelak akan jadi seperti india dan indonesia. yang kaya – kaya sungguh. yang miskin – miskin sungguh. sekarang pun macam dah nampak nak jadi macam tu dah. iye ke?

  2. Bunyi macam canggih jer kan? prasarana? hmmm tapi ada PRA lak tu… means apa pun masih peringkat belum lengkap ler tuh kan?

    sebab tu rumah banyak senget. bumbung bocor malah tong air pun bleh runtuh…

  3. Me thinks than busy building awesome highways/roads or awesome shopping complex or awesome supertall buildings etc,we should concentrate more on the public health and aged care system.

    …or perhaps making better laws.HA HA HA.

    • Or making better government… eheks…

      Yup… public health is one of the issues here. The hospital issue. That’s what I meant – u have money, u get better healthcare… otherwise… hmmm…

  4. agak kurang duit leh jumpa wak mail….

  5. dia selalu kata `iklas”

  6. nanti la aku survey dia dah beroperasi ke belum….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: