Bukan Gulai Ketam Si Comat

Teringat filem Keluarga Si Comat yang makcik aku bawa pergi tonton kat pawagam zaman aku belum baligh dulu. Kisah sebuah keluarga dua beranak si bapak (Aziz Sattar) dengan anaknya (Ibrahim Pendek). Pagi tu dua beranak pergi pasar. Teringin nak makan gulai ketam. Maka belilah ketam sebakul. Balik rumah masing-masing sibuk kat dapur nak masak gulai ketam. Ketam-ketam dalam bakul yang masih hidup tu semua merayap keluar dan bersepah-sepah ke sana ke mari nak lepaskan diri. Tunggang terbalik dua beranak tu menangkap semula ketam yang bakal meninggal dunia di dalam gulai.

Setelah selesai memasak, dua beranak tu tersadai kat dinding rumah. Gulai masak ketam dia orang lazat dan enak sekali. Masing-masing kepenatan dan kekenyangan. Aku teringat kat filem tu sebab hari ni Permaisuri beta masak gulai lemak ketam… perghhh…! Lazat siot! Lazat! Nak tersadai dah ni…

Advertisements

9 Respons to “Bukan Gulai Ketam Si Comat”

  1. tuan hamba cuti ke ape? kalau sedap tu mai la sini nak rasa sikit..huhu

  2. Berapa kali tersadai U ni dlm sehari nih? ingatkan tersadai kat Sunway Lagoon jer..
    pastu tersadai dek ketam..

    pasni? ada lagi agenda tersadai? Ahaks!

    • Hari ni (Jumaat 25 Dis 2009 sempena Krismas) eta tersadai dek masak lemak cendawan yang permaisuri beta masak gak! Ohhh… alhamdulillah kepada Yang Maha Pemurah kerana menganugerahkan kepada beta Permaisuri yang sentuhan tangannya bila memasak pasti menghasilkan kelazatan tak terhingga. Ni dok tersadai dek gulai cendawan pulok… alhamdulillaah…!

  3. bro, try ketam nipah dibakar. perhh…sempat dia berjalan beberapa inci atas pemanggang sebelum, errrk…meninggal dunia. rasa sungguh terharu sambil sedut lengan dia yang gemuk tu.
    terus aku rasa takkan makan ketam nipah lagi (rasanya lah)

    • Kalau seafood, aku bedal jek. Tapi so far belum pernah makan ketam nipah atau sesetengah orang ada gak yang gelarkan ketam Cina. Mahal beb! Tu yang tak sanggup nak makan tu! Ekekekeke…

      Ada gak yang kata ketam nipah ni haram… Isy isy isy… Alasannya sebab binatang dualam… amfibia la bak kata orang Melayu yang tak sembah dewa. Lorrr… ada ek ketam jenis amfibia? Anyways, ketam nipah ialah scylla serrata jenis krustasia. Bukan amfibia. Sama macam “ketam Melayu” laaa… So memang boleh dimakan… kalau mampu… eheks…

  4. […] Mengharamkan Yang Tak Haram Bila tembakau komen tentang ketam nipah dalam entri aku Bukan Gulai Ketam Si Comat, aku teringat tentang ‘hukum’ haram makan ketam hitam, atau black crab, atau […]

  5. Bukan gulai ketam tapi gulai ikan. Ketam dah cabut lari tak dapat tangkap lagi. Pergi entah kemana?. Kalau siapa-siapa ada jual VCD keluarga comat jual pada saya. saya nak beli.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: